KUALA LUMPUR: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam adalah langkah penyelarasan berdasarkan keadaan politik semasa, kata Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Beliau berkata, perkara berkenaan bukan merupakan timbal balas malah ia dilakukan atas dasar mewujudkan keserasian dan kesatuan di antara parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
"Ini bukan timbal balas tetapi kita juga mesti melakukan sesuatu untuk menyatakan kita sedia berunding dan melakukan sedikit penyelarasan bersesuaian dengan keadaan politik semasa.
"Saya melihat bukan Hulu Bernam tidak berpotensi untuk dimenangi BN kerana ia menjadi kawasan tradisi UMNO dan selepas rundingan maka sebab itu kita lakukan sedikit pertukaran untuk kita bertanding di kerusi DUN Batang Kali manakala di Hulu Bernam kita beri kepada Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika ditemui selepas Program Kita Hulu Kelang bersama PMX di Padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Keramat ,di sini semalam.
Mengulas mengenai sentimen akar umbi dan jentera BN berkenaan keputusan itu, beliau yang juga calon bagi DUN Gombak Setia, berkata beliau akan mengadakan satu pertemuan dengan keseluruhan pimpinan Hulu Bernam untuk menjelaskan perkara berkenaan pada Ahad ini.
"Insya-Allah 23 Julai ini saya akan ke Hulu Bernam untuk bertemu dengan seluruh kepimpinan empat peringkat ahli UMNO dan BN Hulu Bernam untuk mereka memulakan tugas membantu calon PH yang akan diumumkan nanti," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, kerusi DUN Hulu Bernam dimenangi oleh Datuk Rosni Sohar daripada BN manakala Batang Kali dimenangi oleh Harumaini Omar yang ketika itu masih bersama PH sebelum membuat keputusan untuk menyertai parti Pejuang.
Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam) diikuti BN (lima), Bersatu (empat) dan Parti Bangsa Malaysia (dua) manakala PAS, PEJUANG serta WARISAN masing-masing satu kerusi selain seorang wakil rakyat Bebas.
Kerusi Batang Kali diisytihar kosong pada Februari lalu selepas wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
MEGAT ZULKARNAIN: Kita lakukan sedikit pertukaran di mana kita bertanding di kerusi DUN Batang Kali manakala Pakatan Harapan di Hulu Bernam. - Gambar fail BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.