SHAH ALAM: Kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semakin dirasai khususnya di beberapa DUN yang melibatkan pertembungan tokoh-tokoh politik utama di negeri ini.
Menyedari sejumlah 29 kerusi DUN diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, kesemua 127 calon yang bertanding kini giat melaksanakan pecutan terakhir meraih sebanyak mungkin sokongan sebelum tempoh kempen berakhir pada 11.59 malam, Jumaat ini.
Dengan tempo kempen yang semakin dipertingkatkan menerusi pelbagai program dan aktiviti sama ada secara bersemuka, melalui media maya atau siri-siri ceramah di merata tempat, cakap-cakap politik di lapangan kini tertumpu kepada siapa bakal Menteri Besar Selangor selepas hari pengundian Sabtu ini.
Sehingga kini, hanya Pakatan Harapan (PH) yang kini membentuk gabungan dengan Barisan Nasional (BN) mengekalkan nama Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon tunggal untuk jawatan utama dalam kerajaan negeri itu.
Perikatan Nasional (PN), parti tunggal yang digambarkan mampu memberi cabaran kepada PH-BN dilihat masih 'berteka-teki' mengenai siapa calon Menteri Besar daripada gabungan PAS-Bersatu-Gerakan itu, meskipun pengumuman awal tersebut dianggap penting dan berstrategik dalam memberi jaminan kepada 3,747,057 pengundi berdaftar di negeri ini bahawa segala tawaran, manifesto, ikrar dan janji pilihan raya yang dibuat sepanjang kempen akan ditunaikan calon 'poster boy' tersebut.
Perlu diingat, PN menerusi Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Mac lalu telah mengumumkan bahawa calon Menteri Besar bagi Selangor dan Negeri Sembilan adalah daripada Bersatu jika gabungan itu meraih kemenangan dalam PRN, dan mengambil kira tempoh pengumuman itu sehingga pembubaran DUN pada 23 Jun lepas, PN atau Bersatu sepatutnya menjadi parti pertama menamakan calon Menteri Besar, kecuali ada penentangan terhadap cadangan tersebut.
PN mungkin mempunyai alasan dan strategi tertentu tidak menamakan calon Menteri Besar lebih awal, namun tindakan itu telah menyebabkan ramai pengundi tertanya-tanya siapa calon sebenar dan kenapa memilih bermain emosi ketika beberapa nama antaranya bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan penyandang kerusi DUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi telah menjadi sebutan dan spekulasi dalam kalangan rakyat untuk mengisi 'kerusi panas' tersebut.
Penting sangatkah calon Menteri Besar diisytihar awal kepada umum ?
Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Norliana Hashim berpandangan pengumuman calon Menteri Besar lebih awal boleh menaikkan motivasi dan pendedahan dalam aspek bermasyarakat kepada individu berkenaan selain dapat membantu pengundi membuat keputusan yang lebih bijak di kertas undi.
"Tindakan sesetengah parti tidak menamakan calon Menteri Besar lebih awal mungkin disebabkan mereka kurang berkeyakinan calon yang dinamakan itu boleh menang dalam pilihan raya tersebut dan ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk analisis politik, populariti, sokongan parti dan persepsi terhadap kemungkinan kemenangan mereka," katanya.
Bagi pekerja swasta Anis Azman, 37, walaupun bukan sesuatu yang wajib tetapi sikap dan tindakan yang diambil PH-BN mengumumkan calon Menteri Besar lebih awal menyerlahkan keyakinan dan tahap perpaduan gabungan itu, sekali gus memberi lebih keyakinan kepada rakyat untuk memilih calon daripada parti tersebut.
"Dalam konteks Selangor, tindakan yang diambil Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Amirudin sebagai calon Menteri Besar telah menunjukkan kesepaduan, kesepakatan antara PH-BN, apatah lagi pengumuman itu turut disambut baik Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya kepada Bernama.
Beliau yang akan mengundi di DUN Pandan Indah berkata langkah itu juga memberikan pengundi lebih banyak masa menilai kredibiliti calon dan dalam aspek gerak kerja parti pula, ia mampu menyuntik lebih keyakinan kepada jentera untuk berkempen kepada pengundi di kawasan masing-masing.
Peniaga Siti Suhaila Othman, 55, pula berkata pengisytiharan calon Menteri Besar sama ada awal atau menjelang hari pengundian adalah sangat penting kerana rakyat berhak untuk mengetahui bakal pengemudi sesebuah negeri sekiranya parti yang disokong menang.
"Saya suka cara PH-BN, nampak lebih telus berbanding lawannya yang masih bermain tarik tali. Daripada berteka-teki, saya rasa lebih baik setiap parti umumkan sahaja calon Menteri Besar masing-masing, kecualilah mereka mempunyai masalah dalaman atau sebaliknya," katanya yang merupakan pengundi DUN Sekinchan.
Untuk PRN Selangor, PH-BN sepakat memutuskan Amirudin kekal sebagai Menteri Besar manakala sehingga semalam, Mohamed Azmin selaku Pengerusi PN Selangor hanya mengumumkan gabungan itu sudah mencapai konsensus calon Menteri Besar tetapi mengambil pendirian tidak mengumumkan nama pemimpin berkenaan ketika hari pengundian pada Sabtu ini berbaki dua hari lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Bahang PRN di Selangor kian terasa selepas bendera-bendera parti mula dipasang oleh jentera parti di kebanyakan kawasan ketika tinjauan di sekitar Hulu Kelang, 9 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.
Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.
Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).
Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.
PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.
Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.