SIK: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan memadatkan jadual kempennya untuk bertemu seramai mungkin pengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Ujarnya, jelajah ceramah politik juga hanya akan ditumpukan di platform media sosial selain menyifatkan ceramah rapat umum merupakan perkara yang dianggap biasa baginya.
“Ceramah rapat umum saya dah buat tiga tahun lalu dulu jadi dah selalu berjumpa, sekarang ini zaman teknologi ada TikTok, Instagram, Facebook, dan kebanyakan ceramah akan guna aplikasi tersebut.
“Saya pilih untuk bertemu seramai mungkin (pengundi) jadi kita akan pilih masa yang sesuai untuk datang bertemu pengundi tidak kiralah lelaki atau perempuan, jadi itulah pendekatan saya kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Santai Petang Takraw bersama anak muda di sekitar Kota Bukit pada Isnin.
Ditanya mengenai serangan yang diterima ketika berkempen, Muhammad Sanusi menyifatkan perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang kesan terhadapnya.
“Saya tak rasa apa pun, serangan itu tak berkesanlah… serangan yang sangat tumpul jadi tak payah jawab (tohmahan) pun semua orang dah tahu tujuannya untuk timbulkan keraguan orang ramai tetapi tiada asas.
“Perkara itu dalam siasatan agensi siasatan jadi biarlah mereka buat kerja dan saya tak perlu jawab kerana bukan kes saya pun,” jelasnya lagi.
Bercakap mengenai spekulasi Perikatan Nasional (PN) Kedah bakal tumbang, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN Kedah itu berkata, PN di negeri ini masih kekal dengan momentum gelombang hijau.
“Mereka (PH-BN) lihat angka semasa PRU14, mereka perlu tengok angka pada PRU15… ketika itu undi di Jeneri peringkat parlimen menang 10,000 majoriti jadi gelombang itu masih segar di sini, katanya lagi.
Sanusi bakal berentap dengan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Hilmi Malik
Mon Jul 31 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan memadatkan jadual kempennya untuk bertemu seramai mungkin pengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini. - Astro AWANI
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.