SHAH ALAM: Ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menimbulkan kontroversi semasa ceramahnya baru-baru ini dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menangkis gelombang hijau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican berkata, tindakan Sanusi itu sekali gus membentuk benteng dan menyekat gelombang hijau daripada mempengaruhi pengundi-pengundi Selangor khususnya DUN Kuang.
“Kelebihan itu, ia mungkin bukan dalam bentuk yang saya akan dapat tetapi ia dilihat sebagai membentuk satu benteng yang mengasingkan dan meredakan gelombang itu daripada sampai ke pantai (Kuang) kita.
“Apabila Menteri Besar Kedah datang di bumi Selayang sebenarnya dan membuat ucapan kontroversi itu, saya rasa ia mengejutkan rakyat negeri Selangor daripada terseret ke dalam gelombang hijau.
“Saya rasa rakyat Selangor akan lebih cermat untuk menerima kemasukan gelombang ini,” katanya ketika program Sinar Live bertajuk Tiga Penjuru: Cabaran Undi Berpecah yang dihoskan oleh Nurul Riduan Nor Ashaha di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Sebelum ini, tular video ucapan Muhammad Sanusi di aplikasi TikTok yang memperlekeh kewibawaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana melantik Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada 15 Julai, Muhammad Sanusi melalui satu hantaran di Facebooknya memaklumkan telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor berhubung kenyataan itu.
Dalam pada itu, Hasnal berkata beliau sentiasa mengambil pendekatan berjaga-jaga dengan ancaman ‘gelombang hijau’ yang boleh menular dan menembusi dinding di Selangor termasuk mempengaruhi pengundi DUN Kuang.
“Saya tidak memandang sepi ancaman (gelombang hijau) itu. Gelombang hijau itu boleh masuk ke pesisiran negeri Selangor, ia boleh sampai ke DUN Kuang tetapi buat masa ini saya rasa, kita masih boleh menangani kerana ia lebih kepada komposisi rakyat Selangor itu sendiri.
“Saya rasa negeri Selangor ini bukan satu ‘Malay belt’ yang akan serta-merta terancam, manakala rakyat Selangor ini sedikit canggih, mereka boleh memikir dan tidak terlalu terseret dengan sentimen dan sebagainya.
“Saya tidak kata ia bukan ancaman, saya sentiasa berhati-hati dan kekal berhati-hati sehingga 11 Ogos untuk melihat sama ada tsunami gelombang hijau itu sampai ke kuala kubu kita,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
Hasnal Rezua Merican (kiri) ketika Sinar Live bertajuk Tiga Penjuru: Cabaran Undi Berpecah yang dihoskan Nurul Riduan di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.