Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mahu rakyat Sarawak memberikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mandat yang kuat pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) nanti.
Beliau berkata mandat yang kuat akan membolehkan Adenan membentuk kerajaan negeri yang dapat menjamin kestabilan politik dan berunding dengan kerajaan pusat mengenai apa sahaja bentuk pembangunan yang diperlukan negeri.
"Mandat yang kuat itu adalah suara rakyat Sarawak dan kita (kerajaan pusat) mesti menghormati mandat yang diberikan itu," katanya ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Adenan dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu serta menteri-menteri kerajaan pusat dan negeri. PRN11 dijangka diadakan dalam waktu terdekat susulan penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.
Dengan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri, Najib berkata rakyat Sarawak akan dapat memastikan kerajaan negeri dan kerajaan pusat berada di dalam satu 'kelab' yang sama, sejiwa senada di dalam menentukan pembangunan pesat berterusan untuk negeri itu.
Perdana Menteri berkata Adenan yang menyambut ulang tahun kedua sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam tempoh beliau memegang jawatan tersebut.
"Masa dua tahun tidak cukup untuk beliau melaksanakan segalanya untuk rakyat Sarawak. Berilah beliau lima tahun lagi untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk Sarawak," katanya.
Najib mengingatkan bahawa sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan pada PRN11 nanti, segala apa yang sedang dirundingkan oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat khasnya di dalam perkara menyentuh mengenai penurunan kuasa, akan menemui jalan sukar.
"Rundingan ini mudah untuk dilakukan khas sekali jika ianya dilakukan oleh kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang kuat di bawah pimpinan Adenan," katanya.
Bernama
Sun Feb 28 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada majlis perasmian program Sejiwa Senada 2016 Kerajaan Bersama Rakyat di Dataran Saratok hari ini. - Foto Bernama
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.