Pro-Aspirasi menang besar pilihan raya kampus UUM

Astro Awani
September 21, 2017 09:42 MYT
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim (tengah) sedang meninjau proses penamaan calon bagi pemilihan MPP, UUM di Dewan SAC, pagi tadi. - Kredit foto UUM
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2017/2018 menyaksikan kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dengan memenangi 34 daripada 38 kerusi ketika proses penamaan calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2017/2018 di Dewan Serbaguna Pusat Penginapan Pelajar (SAC), hari ini.
Keputusan itu menunjukkan Kumpulan Pro-Aspirasi telah menyapu bersih lapan kerusi umum dan 26 daripada 30 kerusi di 15 pusat pengajian.
Bagaimanapun, dalam pemilihan kali ini juga menyaksikan hanya 10 calon daripada tiga pusat pengajian akan bertanding bagi merebut tempat dalam MPP 2017/2018 iaitu Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) seramai empat calon, Pusat Pengajian Undang-undang (tiga calon) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (tiga calon).
#Majlis Perwakilan Pelajar MPP Sesi 2017 2018 #Pro-Aspirasi #Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan #Pusat Pengajian Undang-Undang #SEFB #universiti utara malaysia