Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (262 undi) dengan majoriti 167 undi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda, masing- masing Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin mengekalkan jawatan mereka.
Khalil, yang juga merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat 435 undi, menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang memperoleh 257 undi.
Bagi Khairil Nizam Khirudin pula, beliau meraih 458 undi manakala pencabarnya Nor Azman Mohamed mendapat 235 undi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Zulkarnain Lukman mengumumkan keputusan tersebut sekitar jam 6.20pm petang tadi.
Sebanyak 738 perwakilan termasuk exco Pemuda PAS layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan baharu termasuk 12 Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2015 hingga 2017.
Berikut senarai penuh Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2015-2017:
Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap: Dr Riduan Mohd Noor
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Muhammad Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Khairil Nizam Khirudin
Anggota Jawatankuasa Kerja:
1. Afnan Hamimi Taib Azamudden
2. Ahmad Fadhli Shaari
3. Hishamudin Abdul Karim
4. Izwan Abd Halim
5. Mohd Azam Abd Samad
6. Mohd Hafez Sabri
7. Mohd Zawawi Abu Hassan
8. Muhtar Suhaili
9. Nurul Islam Mohamed Yusof
10. Syahir Che Sulaiman
11. Syarhan Humaizi Abdul Halim
12. Syed Abdul Kadir Al-Joofree
Tumpuan kini beralih kepada Muktamar Pas Pusat yang ke-61, dijadualkan bermula esok.
Hafiz Marzukhi
Wed Jun 03 2015
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (263 undi) dengan majoriti 166 undi.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Menantu Hadi nafi MB Terengganu dan Khalil terlibat 'kartel dedak'
Zaharuddin mendakwa poster yang memaparkan lima pemimpin Pas yang dikaitkan dengan kartel dedak yang tular itu adalah palsu.
Isu rakaman audio: Nik Abduh memilih untuk bercakap benar tetapi ...
Anggota Jawatankuasa Pusat Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui beliau sebelum ini memilih untuk bercakap benar mengenai rakaman audio yang dikaitkan dengan dirinya.
Nik Omar sedih dihalang ceramah
Nik Omar ketika memaklumkan perkara itu kelihatan sayu memandangkan tugas sebagai imam dan penceramah berkenaan telah digalas beliau selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 2015 lalu.
Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja - Husam
Menurutnya, semua pihak tidak perlu melayan tindak tanduk pemimpin Pas yang memperlihatkan kepanasan mereka memandangkan Nik Omar telah pun membuat keputusannya sendiri.
Kisah anak cucu Nik Aziz 'tambah perisa' PRU14
Menerusi perkongsian di Facebook, kedua-dua anak tokoh politik Kelantan itu, berkongsi gambar makan bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
3 Naib Presiden kekal, Nik Abduh raih undi tertinggi AJK Pusat Pas
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Pas Datuk Wan Muttalib Embong di Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut di sini hari ini.
Isu 'pretzel dog': Status halal, haram bergantung kepada kandungan - Nik Abduh
Syarikat makanan digesa mengelak daripada kekeliruan apabila menamakan produk mereka.
Kepimpinan ulama patut dihormati, ditaati namun tidak boleh 'dicintai secara melampau'
Kepimpinan ulama patut dihormati dan ditaati tetapi tidak boleh 'dicintai secara melampau', kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Abduh sifatkan Bajet 2016 sebagai 'bajet jaga BN dan Najib'
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan Bajet 2016 sebagai bajet yang menjaga kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pro ulama menang besar dalam pemilihan Dewan Pemuda PAS
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (263 undi) dengan majoriti 166 undi.