KUALA LUMPUR : Prof Wong Shaw Voon dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang baharu berkuat kuasa pada Sabtu.
Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pengarah MIROS, menggantikan Datuk Suret Singh yang dilantik pada Februari 2019.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.
Pemilihan Shaw Voon dibuat berikutan pengalaman luas dalam isu-isu keselamatan jalan raya yang akan membawa manfaat kepada MIROS, masyarakat dan negara.
"Tokoh akademik ini bukanlah baharu dalam industri khususnya pengangkutan dan kejuruteraan di Malaysia ini kerana pernah menjadi Ketua Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah MIROS.
"Beliau juga pernah bersama dalam Jawatankuasa Pasukan Khas MOT bagi menyiasat serta menyediakan laporan nahas membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Mei tahun lepas," katanya.
Shaw Voon juga merupakan Felo Akademi Kejuruteraan dan Teknologi ASEAN dan Perunding Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dana Keselamatan Jalan Raya PBB.
Beliau memiliki kelayakan akademik Bachelor of Engineering in Mechanical and System Engineering with 1st Class Honours and 1st of the class, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Doctor of Philosophy in Mechanical Engineering, Dublin City University, Ireland.
Astro Awani
Sat Feb 05 2022
Shaw Voon dilantik sebagai Pengerusi MIROS yang baharu berkuat kuasa pada Sabtu. - Gambar Facebook @Wee Ka Siong
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu TH
Pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati.
Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi
Unit rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Muhammad Bakhtiar dilantik Pengerusi MyCreative
Muhammad Bakhtiar menggantikan Noor Azmi Mat Said yang menamatkan penggalnya selepas berkhidmat di MyCreative sejak dua tahun lepas.
Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
Saifuddin pengerusi mesyuarat penyelarasan tangani sindiket penipuan pekerjaan
Kerajaan akan terus komited dalam memperkukuh usaha menyelamat mangsa dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.
Selepas 40 tahun terajui WWE, Vince McMahon umum bersara
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.