Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya Program Podium kendalian Institut Sukan Negara akan membantu atlet mendapat lebih banyak pingat bukan sahaja di Sukan Olimpik tetapi juga di sukan bertemasya yang lain.
Presidennya, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata Program Podium dikendalikan dengan cukup profesional dan atlet akan memperoleh banyak faedah serta membantu mereka mendapatkan pingat di Sukan Komanwel, Asia dan SEA.
"Saya boleh katakan Program Podium adalah sangat baik tetapi atlet perlu diingatkan matlamat akhir program ini, sudah tentu untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini hari ini.
Sementara itu, Tunku Imran berkata MOM telah menerima laporan rasmi daripada chef de mission negara ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.
"Namun saya belum membacanya secara lengkap...kami akan meneliti cadangan daripadanya," kata Tunku Imran.
Menurutnya, dalam mesyuarat lembaga akan datang, MOM akan melantik chef de mission bagi Sukan Seni Mempertahankan Diri Dalam Dewan Asia 2018 di Turkmenistan; Sukan Belia Komanwel 2018 di Bahamas serta Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2016
TUNKU IMRAN: Atlet perlu diingatkan matlamat akhir program ini, sudah tentu untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sukan Para Asia 2022: Giliran atlet 'luar biasa' bukti kehebatan
Kini tiba giliran 113 atlet 'luar biasa' negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi, di sini esok.
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
Ramachandran 'kecewa' rekod miliknya masih utuh selepas 28 tahun
Kurangnya penglibatan dan keazaman dalam kalangan atlet generasi kini, menyebabkan Malaysia tidak menonjol dalam acara jarak jauh.
Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.
Hari kedua Paralimpik Tokyo medan perbaiki rekod peribadi
Walaupun tidak membutir sebarang pingat namun empat rekod peribadi berjaya dilakar oleh wakil negara pada hari kedua Sukan Paralimpik Tokyo.
Tokyo 2020: Zii Jia, Nur Shazrin, Jinq En 'penyelamat' aksi hari ketiga atlet Malaysia
Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, atlet pelayaran wanita Nur Shazrin Mohamad Latif dan perenang Phee Jinq En, menceriakan kem negara, pada ketika beberapa atlet Malaysia lain mempamerkan
Senarai akhir kontinjen negara ke Tokyo diketahui awal Julai
Senarai akhir bagi kontinjen negara ke temasya Tokyo 2020 dijangka diketahui awal Julai berikutan pusingan kelayakan bagi beberapa acara sukan melibatkan atlet Malaysia masih berlangsung hingga Jun.
Atlet Malaysia yang berada di 13 negara luar dalam keadaan baik - KBS
KBS akan sentiasa memantau perkembangan dan keperluan dari semasa ke semasa serta bersedia untuk membantu atlet Malaysia di luar negara.
Muhammad Shah Firdaus sah ke Olimpik 2020 - PKBM
E-mel daripada Ketua Jabatan Trek UCI, Gilles Peruzzi itu mengesahkan Malaysia meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu pada temasya sukan terbesar dunia itu, bersama 36 negara lain.
Mohd Azizulhasni layak acara pecut Olimpik Tokyo 2020
Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima terbaik dunia, dalam acara pecut individu selepas mengumpulkan 2,415 mata.