KUALA LUMPUR: Program silat perlu diteruskan kerana ia simbolik kepada penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat dalam menempuh cabaran dari dalam dan luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru Ismail Sabri berkata ahli silat harus berada dalam keadaan bersedia bagi mengurus segala perjalanan persilatan di negara ini.
Beliau berkata pesilat sebagai benteng ketiga pertahanan negara boleh membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara yang sedang dikecapi Keluarga Malaysia pada masa ini.
"Keharmonian dan keamanan negara harus dipertahankan kerana kejayaan kita ini juga bergantung kepada keadaan negara yang aman dan damai serta diurus tadbir dengan baik.
"Bagaimanapun semua kejayaan dan pencapaian negara tidak berlaku sekelip mata kerana ia hasil daya usaha generasi Keluarga Malaysia yang terdahulu yang seharusnya disambung oleh generasi yang ada," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Ke-36 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), di sini hari ini.
Turut hadir Ulul Amri PSSLM Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahaguru Muda PSSLM Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan penyandang Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM Tan Sri Noh Omar.
Perdana Menteri berkata silat bukan sahaja mengajar ahli-ahlinya mengenai seni mempertahanan diri, tetapi lebih utama adalah untuk membina satu masyarakat yang memiliki ketahanan dalaman, jati diri, disiplin, pembentukan sahsiah tinggi dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan serta kecintaan kepada tanah air.
"Sesungguhnya elemen-elemen ini adalah penting di dalam menjayakan hasrat kerajaan bagi mencapai hasrat Keluarga Malaysia seperti yang digariskan.
"Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli silat di dalam memastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan, pertemuan seperti ini dapat memberi manfaat secara keseluruhannya," katanya.
Ismail Sabri berkata silat juga perlu dipertahankan supaya satu daripada budaya persilatan yang telah bertapak sekian lama dapat dikekalkan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya pertubuhan silat memperluaskan budaya silat menerusi pelbagai saluran untuk kakitangan awam dan swasta serta institusi pengajian tinggi yang diyakini mampu membentuk remaja lebih berperibadi dan mempunyai nilai-nilai murni.
Menurutnya silat memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan menghindar belia dan beliawanis negara daripada gejala tidak sihat dengan melatih mereka keperibadian baik, mulia, berkeyakinan diri, berdisiplin dan patuh kepada pemimpin melalui latihan silat.
"Peranan yang dimainkan oleh silat begitu besar dan meluas. Daripada sudut budaya dan sukan, silat berupaya memperkenalkan identiti Malaysia ke serata dunia. Imu silat harus diinstitusikan sebagai wadah dan wacana perkembangan ilmu melalui strategi berlandaskan agenda pendidikan, warisan budaya dan kesukanan," katanya.
Menurutnya ini jelas terbukti apabila kerajaan memberi pengiktirafan kepada silat sebagai satu warisan kebangsaan pada 2015, yang merupakan langkah awal kerajaan dalam memastikan budaya itu tidak pupus sebaliknya terus dipraktikkan dan diwarisi.
Selain pengiktirafan silat sebagai salah satu seni bela diri rasmi negara, beliau berkata pengiktirafan terhadap perjuangan pesilat turut diberikan, contohnya perjuangan Allahyarham Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju dalam seni silat negara.
"Gelaran 'Pendekar Negara' yang dianugerahkan kepada Allahyarham telah menaikkan imej silat itu sendiri. Sumbangan Allahyarham begitu besar dalam sejarah persilatan moden negara. Diharapkan selepas beliau akan lahir insan-insan yang akan diiktiraf kerajaan dalam dunia persilatan," katanya.
Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan meneruskan pembinaan Kompleks Silat Negara yang diharap dapat memperkenalkan seni silat negara di serata dunia.
Terdahulu Ismail Sabri turut menerima anugerah Selendang Kehormat Tertinggi yang disifatkannya sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Ismail Sabri (dua, kiri) beramah mesra dengan pesilat-pesilat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah ke-36 PSSLM di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin hari ini. - Foto BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.
Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.
KPM sedia pertimbang peruntukan bangunkan, memperkasa sukan tempur di sekolah
Ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di sekolah.
Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaran Silat Premier Antarabangsa 2023
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi.
Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat
Ia bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus mengemas kini peraturan sedia ada.
Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat
Kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya selama ini.
Sembilan pesilat bawa cabaran di pentas akhir
Muhammad Robial Sobri turut memastikan namanya tersenarai ke pentas akhir apabila menewaskan pesilat dari Amerika Syarikat Earl Hulbu.
Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.