MELAKA: Projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian termasuk sawah padi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang bagi fasa kedua melibatkan peruntukan RM29.4 juta akan dilaksanakan pada September depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan berkenaan akan dilaksanakan Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan bekalan air di kawasan tanaman pertanian DUN berkenaan mencukupi terutama ketika musim panas yang panjang.
"Setakat ini, proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan bagi kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian tersebut sedang dijalankan dan dijangka selesai Julai tahun ini.
"Projek menaik taraf sistem pengairan fasa kedua akan bermula September tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pesawah belia di Batang Tiga di sini pada Rabu.
Beliau berkata secara keseluruhan projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian di DUN berkenaan terbahagi kepada tiga fasa dengan fasa pertama melibatkan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan pada 2017.
Katanya pelaksanaan projek fasa kedua itu diharap dapat meningkatkan pengeluaran tanaman khususnya padi daripada dua kali setahun kepada lima kali dalam tempoh dua tahun sekali gus dapat menjamin sekuriti bekalan makanan negara.
Sementara itu, Lim berkata golongan pesawah padi atau petani belia diminta memanfaatkan pelbagai bantuan, insentif atau geran yang disediakan kerajaan antaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Program Agropreneur Muda.
"Di bawah Program Agropreneur Muda, bantuan yang diberikan melibatkan beberapa sektor utama seperti tanaman, perikanan, penternakan serta industri makanan lain dan pemohon adalah berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya.
Lim turut menyampaikan sumbangan sebuah pam air bernilai hampir RM1,000 kepada Mohd Zubir Muhamat, 27, bagi membantunya menjalankan aktiviti penanaman padi di tanah miliknya seluas 2.02 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Lim Ban Hong berkata projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi. - Foto fail/BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar
Kerajaan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon
Sebanyak 172 koperasi terlibat dalam sektor agromakanan mampu memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara.
Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept
Projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri
Negeri Sabah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur selain kawasan perairan yang luas.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri secara dasar bersetuju untuk mengekalkan pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara
MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.
Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram
Kerajaan negeri cuba mencari kaedah menang-menang untuk membenarkan perusahaan itu dijalankan mengikut syarat.