Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang berfungsi sebagai pusat sehenti di Terminal Makmur, di Kuantan, memulakan operasinya hari ini.

Projek bernilai RM37 juta itu ialah antara inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar dalam satu pusat sehenti.

Ia mengabungkan lebih 50 agensi kerajaan serta menyediakan pelbagai kemudahan seperti gimmnasium, pusat memanah perpustakaan dan klinik 1Malaysia.

Orang ramai juga boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, pasport dan kemudahan membeli belah.

Beroperasi setiap hari sehingga jam 10 malam, ia merupakan UTC keempat selepas Kuala Lumpur, Melaka dan Perak.

Klik Video untuk melihat pelancarannya pada Khamis.