KUALA LUMPUR: PropertyGuru dan iProperty.com.my menjalin kerjasama untuk melancarkan Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-9.
Kerjasama itu adalah bertujuan untuk membawakan program anugerah-anugerah berprestij negara ke satu penanda aras tunggal baharu bagi kecemerlangan dalam industri hartanah Malaysia.
"Kami berbangga dan teruja untuk melancarkan program anugerah gabungan baharu ini di Malaysia untuk menetapkan standard emas yang boleh diyakini dalam pembangunan dan reka bentuk hartanah," kata Pengurus Besar Anugerah dan Acara Hartanah Asia PropertyGuru Jules Kay, dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Langkah tersebut diambil apabila PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah utama Asia Tenggara itu memutuskan untuk berganding bahu dengan portal hartanah iProperty.com.my, bagi menghubungkan pemaju dan ejen dengan sekumpulan besar pembeli hartanah.
Calon dan peserta akan menjalani proses penilaian yang adil, telus dan beretika di bawah naungan HLB, yang merupakan rangkaian global firma perakaunan dan penasihat bebas, sebagai penyelia rasmi anugerah.
Panel juri bebas terdiri daripada ketua-ketua industri yang terkenal dan sangat dihormati dalam industri hartanah, perundingan, seni bina dan reka bentuk, kewangan, undang-undang dan lapangan berkaitan.
Selain panel juri bebas, pengguna juga mempunyai peluang untuk mengundi syarikat pilihan mereka menerusi anugerah People's Choice Awards, yang memberi penghargaan kepada 10 syarikat pembangunan paling popular di negara ini.
Keputusan daripada anugerah itu disahkan secara bebas oleh PwC Malaysia.
Majlis makan malam gala dan penyampaian anugerah dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 Nov, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
PropertyGuru dan iProperty.com.my menjalin kerjasama untuk melancarkan Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-9.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil tahun ini
Keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini.
Minat miliki hartanah tinggi, namun permintaan pembelian kurang - PropertyGuru
Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi.
Permintaan hartanah Malaysia susut kerana harga meningkat pada suku keempat 2022 - PropertyGuru
Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli.
Permintaan perumahan meningkat di Malaysia, Indonesia di sebalik ketidaktentuan global
Malaysia, Thailand dan Indonesia menunjukkan peningkatan dalam permintaan perumahan di sebalik ketidaktentuan global kata Ketua Risikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr Lee Nai Jia.
Penghuni rumah mampu milik tidak mampu berpindah keluar - Kajian PropertyGuru
Empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik atau perumahan kos rendah dan sederhana cenderung untuk kekal dalam jenis perumahan yang sama seumur hidup.
PropertyGuru, iProperty.com bekerjasama lancar anugerah PropertyGuru Asia Malaysia
PropertyGuru dan iProperty.com.my menjalin kerjasama untuk melancarkan Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-9.
Campur tangan kerajaan secara langsung diperlukan bagi sedia rumah mampu milik di kawasan utama - PropertyGuru
Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa.
Beli hartanah? Liputan jalur lebar jadi pertimbangan utama - PropertyGuru
Selain liputan jalur lebar, antara perkara lain menjadi pertimbangan utama pembeli hartanah adalah akses pengangkutan, pelaksanaan projek mega serta pengaliran udara dalam rumah.
Inisiatif nasional diterima baik golongan pencari rumah - Kajian PropertyGuru
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia paling berpuas hati dengan moratorium pembiayaan enam bulan Bank Negara Malaysia (BNM).
Pemikiran lama masih jelas, rakyat Malaysia pilih miliki rumah daripada sewa - Kajian
Meskipun pasaran hartanah berada dalam aliran yang berkembang selain demografi, pemikiran lama masih jelas, yang mana 92 peratus rakyat Malaysia lebih gemar miliki sendiri rumah daripada menyewa.