KUALA LUMPUR: Proses mediasi bagi menyelesaikan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd terhadap pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya ditetapkan pada 17 Jan tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.
D'Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini, yang memerintahkan syarikat itu membayar ganti rugi RM345,305 kepada Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir.
Mahkamah Sesyen membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan pasangan suami isteri itu terhadap D'Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.
Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D'Haja berkata proses mediasi akan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
"Sekiranya tiada penyelesaian dicapai oleh kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 19 Jan 2022 dan pada tarikh itu mahkamah akan menetapkan satu tarikh lain untuk pendengaran rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mediasi ialah proses bagi menyelesaikan suatu pertikaian tanpa melalui perbicaraan di mahkamah.
D'Haja telah memfailkan rayuan pada 3 April 2019 atas alasan Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan pada 27 Mac 2019.
Mahkamah Sesyen itu juga membenarkan tuntutan balas difailkan D'Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenaan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.
Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah menandatangani kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D'Haja pada 11 Okt 2016 selama dua tahun iaitu hingga 10 Okt 2018.
Bagaimanapun, mereka mendakwa D'Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumlah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Walaupun pedih, kritikan bantu tingkatkan karya
Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.
Kes pengacara Awal Ashaari rosakkan palang digugur
Mahkamah menggugurkan pertuduhan terhadap pengacara, Awal Ashaari berhubung kes lakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal.
"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.
'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.
Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.
Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.
Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.
Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.
Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.