Kementerian Kesihatan telah menjalankan proses tender pra kelayakan dalam pembinaan hospital di Pasir Gudang.

Demikian jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bahawa kerajaan perlu segera mewujudkan keperluan membina hospital kerajaan di daerah itu rentetan bencana Sungai Kim Kim baru-baru ini.

“Dalam menangani perkara ini, kita telah buat tender proses tender pra-kelayakan yang akan ditutup 4 April. Mereka mahu terlibat dalam tender itu tidak ada masalah pra-tender dan kita akan majukan kerja ini dalam rangka kerja dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah kita tetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kesihatan di ibu negara pada Rabu.