Seramai 400 ahli parti pembangkang peringkat nasional dan tempatan di Kampung Rosok, Kota Belud bertindak keluar daripada parti masing-masing untuk menyertai Barisan Nasional (BN), hari ini.
Keputusan itu diketuai oleh Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rosok, Santaim Gontiung dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta sekumpulan ahli parti Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Solidariti Tanahairku (STAR), dan Parti Harapan Sabah.
Pengumuman keluar tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Kota Belud merangkap penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli bersama rombongannya di kampung berkenaan.
Menurut Musbah, keputusan yang dibuat ahli dan penyokong pembangkang di kawasan tersebut sekali gus menunjukkan pihaknya dalam landasan tepat mempertahankan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di daerah itu, selain mewujudkan momentum merampas semula sebuah kerusi DUN iaitu Kadamaian yang jatuh kepada pihak pembangkang pada PRU-13.
"Hari ini saya berada di daerah mengundi Rosok untuk program Santai dan dalam masa yang sama ramai dalam kalangan ahli pembangkang daripada Keadilan, Waridan, Star dan Parti Harapan telah menyatakan hasrat mereka meninggalkan parti pembangkang ini kerana hilang kepercayaan dan menyertai BN, malah mereka berasa pemimpin BN sahaja yang mampu membela nasib anak bangsa di masa akan datang.
“Kita berharap akan lebih ramai lagi yang akan bersama-sama mereka untuk menyokong BN. Walaupun calon yang bertanding dalam pilihan raya ini belum diumumkan, namun mereka telah menyatakan sokongan untuk sama-sama berjuang dalam BN," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui media dalam program Santai Bersama Penduduk Kampung Rosok, Kota Belud, hari ini.
Sementara itu, Santaim ketika ditemui berkata dia dan kumpulan penyokong pembangkang di kawasan tersebut sudah muak dengan janji-janji kosong daripada pucuk pimpinan mereka yang diibaratkan hanya sekadar melepaskan batok di tepi tangga menjelang pilihan raya.
“Tiada yang kami dapat selama beberapa penggal menyokong pembangkang kerana apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak ada apa-apa…jadi kita membuat keputusan untuk bersatu padu menyokong BN kerana kami dapati hanya BN yang mampu mengubah nasib anak bangsa kita,” katanya.
Ruzaini Zulkepli
Tue Apr 17 2018
Musbah (tengah) bersama sekumpulan penduduk yang menyertai BN dalam program santai di Rosok, Kota Belud, hari ini. -Astro AWANI
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.