Barisan Nasional (BN) akur dengan dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Beliau turut mengakui, manifesto serta gerak kerja yang BN lakukan mungkin kurang daya tarikannya berbanding dengan apa yang ditawarkan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya menerima, rakan-rakan saya (dalam BN) menerima, keputusan rakyat. Kami terima keputusan yang dibuat rakyat, dan BN akan terus komited kepada menghormati prinsip-prinsip demokrasi,” katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Dan kini, ujar Presiden UMNO itu lagi, rakyat akan memantau dan melihat sama ada Pakatan Harapan benar-benar dapat menunaikan janji itu, seandainya mereka sah menjadi Kerajaan Persekutuan nanti.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan BN telah cuba sedaya upaya memastikan kebajikan rakyat terus terbela, di samping memastikan negara terus maju dari satu tahap, ke tahap yang seterusnya.
“Sejak saya ambil alih kerajaan pada tahun 2009, kami telah cuba sedaya upaya meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan menentukan masa depan lebih baik untuk rakyat dan generasi akan datang.
“Lebih tiga juta pekerjaan diwujudkan, kadar kemiskinan pada tahap paling rendah, kita telah bangunkan infrarakyat, ekonomi Malaysia dipacu kepada tahap pertumbuhan yang boleh dibanggakan dan mendapat pengiktirafan badan seperti International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia.
“Dan rakyat, secara inklusif telah mendapat begitu banyak faedah melalui pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan kerajaan BN,” katanya.
Berucap lanjut, Najib berkata, keputusan yang dicapai dalam PRU itu sekali gus membuktikan fitnah dan hasutan bahawa BN akan lakukan apa saja untuk memenangi pilihan raya adalah tidak benar sama sekali.
“Ada juga dakwaan kononnya saya dan rakan-rakan telah merancang untuk mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara malam tadi, dia sebut pukul 10 malam, dalam tweet, untuk isytihar darurat.
“Itu satu lagi contoh hasutan pada rakyat, satu pembohongan, di mana, tidak ada mesyuarat majlis keselamatan negara, dan memang tidak ada panggilan mesyuarat sama sekali,” katanya lagi.
Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada semua pemimpin BN, baik di peringkat nasional ataupun di peringkat akar umbi, yang bertungkus lumus menggerakkan kempen sempena PRU14.
Firdaus Azil
Thu May 10 2018
Rakyat akan memantau dan melihat sama ada Pakatan Harapan benar-benar dapat menunaikan janji itu, seandainya mereka sah menjadi Kerajaan Persekutuan nanti. - Astro AWANI / Shahir Omar
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.