Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan empat kategori tambahan bagi pengundi pos dan pengundian secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kemudahan pengundian secara pos ini dihadkan kepada beberapa kategori termasuk:

* Anggota Agensi Pertahanan Awam (APM);
* Anggota Jabatan Imigresen Malaysia;
* Anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA): dan
* Anggota Jabatan Pendaftaran Negara (yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sahaja.

SPR dalam satu kenyataan ringkas hari ini turut menegaskan kemudahan ini diberikan kepada anggota yang bertugas pada hari mengundi sahaja. Ini kerana anggota yang terbabit merupakan pemilih yang tidak dapat meninggalkan tugas mereka pada hari mengundi dan memastikan aspek keselamatan dan perkhidmatan rakyat terjamin.

Pewartaan kemudahan ini telah dibuat pada 13 Disember lalu berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pilhan Raya (Pengundian Pos) 2013.