Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang mahu bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.
"Pada awal ramalan saya PRU ke-14 adalah yang paling mudah. Tetapi apabila sudah dengar macam-macam (nama) hendak datang ke Johor termasuk Khalid Abd Samad (Anggota Parlimen Shah Alam), jadi, saya ingat kalau semua sudah berminat pada Johor, saya pun berminat jugalah berdepan dengan mereka dalam apa pun kedudukan," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan 4 All, di sini malam tadi.
Program itu turut disertai Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Shahrir yang juga Pengerusi Felda mengulas hasrat pembangkang mahu menjadikan Johor sebagai negeri barisan depan mereka semasa PRU14.
Beliau menegaskan tidak akan berundur sebaliknya bersedia menentang mana-mana calon besar pembangkang.
"Dengan Mahathirnya (Tun Dr Mahathir Mohamad)... dengan Anwarnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Muhyiddinnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Kit Siang (Lim Kit Siang), semua hendak terus tumpu menjadikan Johor sebagai frontline state (negeri barisan depan), jadi takkanlah saya hendak undur," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata budaya bertanding secara berpindah- randah seperti dilakukan Lim bukanlah budaya yang dimahukan Barisan Nasional (BN).
"Frontline state bagi kita (BN) adalah semua negeri sebab kita hendak perintah Malaysia. Kita bukan soal hendak menggodak hanya satu negeri sahaja.
"Tidak bolehlah berpolitik macam Lim Kit Siang buat. Apa yang dia balas pada pengundi apabila dia berpindah? Dia tidak minat berkhidmat kepada pengundi dan biarlah rakyat menilai tindakan seperti ini," katanya.
Mengenai program Dialog Perjuangan 4 All, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata ia akan diteruskan ke 15 kawasan yang sudah ditetapkan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Beliau berkata program itu kemudian dirancang akan diadakan berterusan sehingga ke 100 kawasan Parlimen di seluruh negara.
"Sejak dilancarkan, kami berjaya meningkatkan momentum jumlah penonton sehingga belasan ribu yang mengikuti (siaran langsung di Facebook) dan ini perkembangan menggembirakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2017
Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak akan berundur sebaliknya bersedia menentang mana-mana calon besar pembangkang. -fotoBERNAMA (2017)
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU14: Shahrir sedia berdepan nama besar pembangkang di Johor
Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang mahu bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.
Shahrir lahirkan hasrat tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-14
Anggota Parlimen Johor Bahru itu yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam politik berkata beliau mahu memberi peluang kepada orang muda untuk menjadi pemimpin.