KEMAMAN: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau sedia undur diri bagi memberi laluan kepada muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, tindakan itu bagi memberi peluang kepada individu yang berwibawa untuk menawarkan khidmat cemerlang kepada rakyat.
Katanya, beliau juga bersedia menawarkan khidmat serta berkongsi pengalaman untuk membantu calon yang diketengahkan supaya beroleh kemenangan.
"Kalau dalam konteks di Kemaman ini, perbincangan ataupun cara perundingan dibuat di peringkat bahagian, dan juga turun ke peringkat Dewan-dewan Undangan Negeri (DUN).
"DUN turut memberi sumbangan, mengemukakan pandangan mereka, tentang siapakah yang mereka rasakan layak untuk dicalonkan pada kali ini.
"Jadi, secara prinsipnya, saya suka melihat wajah-wajah baru. Kerana, ini penting untuk menjadi sebahagian daripada penjenamaan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya.
Ahmad Shabery ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera PRU15 BN Negeri Terengganu di sini semalam.
Katanya, beliau yakin pucuk pimpinan mempunyai formula terbaik untuk memilih calon yang mampu memenangi hati rakyat.
Sebelum ini, Ahmad Shabery menerusi catatan di Facebook miliknya menyatakan hasrat memberi ruang kepada individu lain menjadi calon UMNO di Terengganu.
Astro Awani
Sun Aug 14 2022
AHMAD SHABERY: Saya suka melihat wajah-wajah baru, ini penting untuk menjadi sebahagian daripada penjenamaan kepada BN dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang. - Foto Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.