KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu terburu-buru mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebaliknya perlu mencari jalan penyelesaian dalam menangani permasalahan dihadapi rakyat terutamanya ketika negara bakal berdepan dengan musim tengkujuh.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu, keutamaan harus diberikan kepada persediaan kelengkapan untuk musim tengkujuh dan iklim yang terlalu ekstrem.
"Kita dikhabarkan enam negeri akan terjejas dengan cuaca ekstrem ini dan kita tahu dengan cuaca sebegini di mana-mana sahaja boleh berlaku banjir atau banjir kilat.
"Pada saya, apalah sangat kerajaan tunggu sampai akhir penggal? katanya ketika ditemui Astro AWANI pada majlis makan malam Social and Economic Research Initiative di sini, pada Selasa.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PRU pada ketika ini adalah tidak penting berbanding keperluan mendesak untuk memulihkan kestabilan negara.
"Kita jangan digembar-gemburkan sedangkan tugas kerajaan adalah mengurus negara dengan baik bukan berpolitik," tambahnya.
Meskipun penggal Parlimen Ke-14 hanya berakhir Jun tahun depan, namun pemimpin UMNO sudahpun menggesa agar ia disegerakan.
Antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berpendapat bahawa PRU tidak boleh ditangguhkan lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum itu dilaporkan berkata, PRU15 sudah mencapai tempoh matang sejak PRU14 iaitu empat tahun sudah berlalu dan kini memasuki tahun terakhir iaitu tahun kelima sebelum Parlimen dibubarkan.
Umavathi Ramayah
Wed Sep 28 2022
Nurul Izzah Anwar memberitahu, keutamaan harus diberikan kepada persediaan kelengkapan untuk musim tengkujuh dan iklim yang terlalu ekstrem. - Foto fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.
Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.
'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.
Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.
Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.