KUALA LUMPUR: Calon-calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan terdiri dari ahli badan bukan kerajaan (NGO), tokoh akademik, professional dan parti politik.
Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin dan ahli GTA merupakan individu yang bersih daripada segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi.
Katanya, GTA bukanlah sebuah parti politik biasa tetapi gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.
"Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara dan mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara. Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasil Kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara.
"Kecewa dengan keadaan politik dalam negara ramai daripada mereka memilih untuk mengasingkan diri dari politik. Ramai pula yang tidak akan mengundi. Malangnya kerana mereka tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak.
"Antara yang akan menang ialah parti perasuah yang menyogok wang kepada pengundi. Dengan itu negara akan alami kedudukan yang lebih buruk dari sebelum PRU. Untuk mengadakan badan yang lebih menepati kehendak puak yang kecewa ini parti politik biasa tidak sesuai, " katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi itu berkata, apa yang diperlukan ialah satu gerakan rakyat yang menyatukan mereka yang tidak berparti.
Jelasnya, mereka perlu digabung dalam satu gerakan pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan negara.
"GTA mewakili golongan ini. Pemimpin dan ahli GTA bersih dari segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi. Dengan menggembleng rakyat yang cinta negara dan bertanding dalam PRU 15, rakyat akan ada pilihan selain dari parti politik biasa.
"Tidak ada ideologi bagi mereka selain dari cinta pada negara bangsa. Beberapa parti politik turut bersama dalam GTA dan mengenepikan perjuangan untuk parti sendiri. Mereka diperlukan supaya susunan pencinta negara dari berbagai puak dapat diurus sesuai dengan Pilihan Raya," ujarnya.
Justeru itu, Tun Mahathir yakin dengan sokongan daripada semua pencinta negara, GTA akan berjaya dalam PRU 15 dan mendiri Kerajaan yang berpegang kepada keluhuran undang-undang, kepada Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Afiezy Azaman
Sat Sep 17 2022
Tun Dr Mahathir berkata GTA bukanlah sebuah parti politik biasa tetapi gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik. - Foto fail/BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.
Mengenang Tun Daim: "Beliau mentor bagi usahawan muda Melayu' - Tun Mahathir
Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak muda berbakat dalam perniagaan kata Tun Mahathir Mohamad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham tokoh besar yang rendah diri' - Tun Mahathir
Tun Mahathir mengenang Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini, sebagai seorang tokoh besar yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara.
Rayuan saman Halim Saad terhadap Tun M ditetapkan 18 Ogos tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Ogos tahun depan untuk mendengar rayuan Tan Sri Halim Saad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman beliau yang difailkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.