Katanya, apabila kerajaan mengumumkan cuti umum pada Jumaat, iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ramai yang mula pulang ke kampung sejak malam tadi.
"Saya menyeru kepada pengundi terutama pengundi luar yang pulang ke kampung supaya berhati-hati di jalan raya. Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Saya difahamkan jalan sesak mulai malam tadi. Dan hari ini juga, saya percaya, jalan raya akan sesak. Banyak kenderaan di atas jalan raya. Yang pentingnya adalah keselamatan mereka. Itu yang saya utamakan," ujarnya
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Ramah Mesra Bersama Warga Bandar 32, di sini, hari ini.
Ismail Sabri yang juga calon kerusi Parlimen Bera turut mendoakan dan mengharapkan keselamatan pengundi-pengundi yang akan pulang semula ke tempat kerja selepas pembuangan undi pada Sabtu nanti.
"Esok (Sabtu) kita mengundi. Jadi, pandu secara berhemah dan berhati-hati agar tiba ke kampung dengan selamat. Dan jika mereka balik semula ke tempat bekerja masing-masing di bandar, saya harap mereka juga berhati-hati di jalan raya.
"Saya mendoakan semua selamat kembali ke kampung dan pulang ke tempat kerja masing-masing," ujarnya
Seramai lebih 21 juta pengundi akan keluar mengundi pada Sabtu termasuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang merupakan pengundi-pengundi baharu di seluruh negara.