Dua individu tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang.
Seorang lagi, bekas timbalan menteri, Datuk Abdul Rahim Bakri menyandang kerusi Parlimen Kudat.
Sementara nasib seorang lagi Menteri Pertanian Industri dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee yang menyandang kerusi Parlimen Beluran masih belum diketahui.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi.
Pada pengumuman itu, Hajiji tidak mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen Beluran yang sebelum ini disandang Ronald.
Manakala bagi Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, masih terdapat satu kerusi Parlimen yang belum dimuktamadkan calon untuk mewakili entiti itu.
Tanda menamakan kerusi tersebut, para media mengandaikan ia adalah kerusi Parlimen Beluran.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Beliau dalam pengumuman tersebut, memaklumkan seramai 13 calon daripada GRS akan dipertaruhkan pada PRU15.
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar dalam ucapan berkata, penentuan calon bagi kerusi Parlimen Beluran masih dalam perbincangan.
Sementara, calon kerusi Parlimen Sipitang adalah Datuk Matbali Musah (GRS).
Bagi kerusi Kudat, GRS meletakkan Datuk Seri Ruddy Awah.