ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan meskipun pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa, dan baginda menyerahkan sepenuhnya kuasa membabitkan urusan pembubaran DUN kepadanya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan bencana banjir akan berlaku penghujung tahun ini selain fokus pentadbiran kerajaan negeri Kedah bagi mengatasi isu banjir yang akan memberi kesan besar kepada rakyat.
"Hari ni hari Jumaat, saya sembah maklum (kepada Tuanku Sultan Kedah) pada hari Selasa, (saya) menghadap secara online, (saya sahkan) kita (di negeri Kedah) tidak akan bubar (DUN) tahun ini, (ia dibuat) bagi memberi fokus menghadapi banjir berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi,
"Saya sembah maklum Tuanku, beberapa negeri termasuk Kedah telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun depan, Tuanku maklum (semula), untuk kuasa (berkaitan itu) terpulanglah kepada pihak Menteri Besar, itu sahaja, sangat simple," katanya.
Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan Program Jelajah Kedah Sejahtera, di Masjid Nurul Ihsan, Langgar pada Jumaat.
Dalam perkembangaan sama, beliau ketika menyampaikan ucapan penutupan, menggelarkan pihak yang menggesa Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika banjir sebagai 'orang yang gila'.
Sehubungan itu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut menasihatkan orang ramai terutama pengundi-pengundi di negeri Kedah untuk tidak memilih kumpulan 'orang yang gila' sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.
Pada Rabu, Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,tiga negeri di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan DUN masing-masing, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Mengambil kira faktor banjir besar yang akan memberi kesusahan kepada rakyat, Anwar berkata, Majlis Presiden PH menerima pendirian tiga negeri terbabit agar pembubaran DUN masing-masing hanya akan dilakukan pada tahun hadapan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Oct 07 2022
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac tahun hadapan meskipun pembubaran Parlimen dibuat dalam masa terdekat. - Gambar fail/Astro AWANI
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.