Bagaimanapun, Hasni menyatakan keyakinan bahawa BN di Johor mampu untuk menyumbang sekurang-kurangnya 16 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Sasaran itu bukan mudah dicapai... Walau bagaimanapun kita tiada sebarang masalah untuk sekurang-kurangnya menang 16 kerusi daripada 26 Parlimen yang dipertandingkan.
“Tambahan empat lagi kerusi merupakan sasaran yang perlu juga disumbang oleh komponen BN lain seperti MCA jadi bukan mustahil juga untuk capai sasaran 20 kerusi,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pengenalan calon BN Johor pada Khamis.
Mengulas mengenai calon yang tidak lagi bertanding di kerusi asal, Hasni akui masih wujud pihak yang mungkin kecewa namun situasi itu berkemungkinan tidak berlarutan panjang.
“Saya yakin dan percaya bahawa mereka akan kembali semula bertugas dan pastikan jentera kawasan akan beroperasi, saya tidak jangkakan Johor akan ada masalah di setiap kawasan parlimen.
BN Johor dalam masa sama sentiasa bersedia apabila menyedari wujudnya kehadiran calon ‘heavyweight’ dari parti lain yang bakal berentap di beberapa kawasan di negeri itu.
Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Johor itu berpendapat, momentum kemenangan BN sewaktuk PRN Johor Mac lalu mampu diterjemahkan kembali pada PRU15 kali ini.