KUALA MUDA: Pas bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk bertembung dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya usaha untuk mencapai kata sepakat gagal.
Bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu sentiasa berpegang kepada usaha untuk menyatukan parti-parti Melayu terutama membabitkan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah payung penyatuan ummah.
Tambah beliau, usaha untuk mengelakkan pertembungan antara Pas dan UMNO perlu diteruskan supaya tidak berlaku situasi seperti perumpamaan 'menang jadi arang, kalah jadi abu'.
"Kalau dia (UMNO) lawan kita, kita lawan dengan dia (balik), kita (sebenarnya) terbuka, Pas ini (bersikap) terbuka, kita lebih suka untuk mencari jalan ke arah kebaikan bersama, (iaitu) penyatuan ummah,
"Tetapi UMNO isytihar hendak lawan solo, (sebab itu)? Kita tengoklah macam mana (kerjasama ini), saya tengok dalam mangkuk air ini, belum nampak lagi dia punya (petunjuk), tetapi mungkin ada cahaya di hujung terowong," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, Kuala Muda pada Ahad.
Beliau turut menegaskan bahawa Pas juga tidak pernah membelakangkan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam apa jua tindakan termasuk perbincangan yang dilakukan bersama UMNO.
Jelasnya, semua perkara yang dibincangkan akan dilapor terus kepada Majlis Pimpinan PN agar tidak wujud sebarang isu kelak.
Pada Sabtu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa semua parti komponen PN perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU15 adalah Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PN itu sekali gus mengingatkan parti komponen PN supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju yang sama.
Jelas Muhyiddin, parti-parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 25 2022
Menurut Tuan Ibrahim, Pas bersikap terbuka, lebih suka untuk mencari jalan ke arah kebaikan bersama iaitu penyatuan ummah. - Foto Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.