KUALA LUMPUR: Kempen mingguan penyediaan jentera dan sukarelawan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden parti itu, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan pengalaman menggerakkan kempen dalam pilihan raya lalu, beliau telah menggariskan beberapa taktik utama untuk mencapai kemenangan termasuk pengolahan isu yang berkesan bagi menarik minat dan keyakinan pengundi.
Selain itu katanya, mewujudkan gelombang kempen dengan menggerakkan jentera dan sukarelawan serta menguasai kempen digital melalui penghasilan kandungan media sosial yang bermutu secara tersusun juga bakal menjadi antara fokus utama parti.
"Setakat beberapa bulan lepas, saya telah memberi perhatian untuk mengolah kembali isu-isu nasional supaya PKR dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan lebih proaktif.
"Sebelum ini, kita dilihat terlalu defensif dan membiarkan jentera propaganda UMNO memutar belit banyak perkara," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Rafizi berkata, tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan kehadiran dan capaian PKR dan PH di media sosial dengan prestasi capaian media sosial parti terus dipantau oleh Pengarah Komunikasi, Lee Chean Chung.
Menurutnya, perkembangan dari segi pengolahan isu dan capaian media sosial kini membolehkan tumpuan diberikan kepada taktik seterusnya, iaitu mewujudkan gelombang kempen di peringkat lapangan.
“Kami yakin capaian media sosial PKR akan memotong capaian Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh beberapa minggu lagi.
“Untuk itu, saya dan rakan-rakan seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan lain-lain akan memulakan kempen trak #AyuhMalaysia bermula Sabtu,” ujarnya.
Jelas Rafizi, selain kempen penerangan trak #AyuhMalaysia, beliau juga akan melatih sendiri Ejen Tempat dan Kira Undi (PACA) yang merupakan komponen penting untuk menang dalam pilihan raya.
"Kita akan memfokuskan latihan PACA dan tutorial 'phonebank' menggunakan aplikasi CISTA (aplikasi sukarelawan bagi tujuan aktiviti berkaitan pilihan raya di Malaysia) yang merupakan sebahagian daripada gerak kerja strategik.
"Latihan PACA adalah untuk melatih sukarelawan menjadi ejen yang berwibawa manakala ‘phonebanking’ untuk mengubah pengundi atas pagar sekali gus memenangkan calon-calon progresif,” ujarnya.
Untuk makluman, destinasi pertama trak #AyuhMalaysia adalah melibatkan kerusi-kerusi Parlimen Setiawangsa, Wangsa Maju, Gombak, Ampang, Batu, Titiwangsa dan Selayang.
Trak #AyuhMalaysia akan menjelajah ke seluruh negara setiap minggu dan akan turut singgah di kawasan-kawasan pedalaman dan Felda, seperti yang dilakukan dalam kempen pilihan raya lepas.
Astro Awani
Sat Aug 20 2022
Rafizi Ramli berkata, berdasarkan pengalaman menggerakkan kempen dalam pilihan raya lalu, beliau telah menggariskan beberapa taktik utama untuk mencapai kemenangan. - Foto fail/BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tiba di Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat
Anwar tiba di Axiata Arena, malam ini bagi menyertai Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lepas.
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi
Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti
Lima pemimpin kanan PKR dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.
Pakatan Harapan perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Setiausaha Agung
Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bekas Ahli Parlimen Sekijang meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia akibat kanser di Hospital Segamat pada Khamis.
PRK Jepak: PKR Sarawak tidak bertanding
Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat baru-baru ini.
UMNO sukar menang dalam PRN, jejas sokongan PH - Penganalisis politik
Kartini menambah, UMNO ketika ini diibaratkan seperti kapal yang pecah dari dalam.