KUALA NERANG: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan jelas untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lepas.
Menurutnya, kenyataan berkaitan itu dibuat atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden UMNO selain berharap agar pengundi di kawasan Parlimen berkenaan dapat memberikan sokongan kepadanya dalam PRU15 sekiranya dipilih sebagai calon.
"Sebagai Naib Presiden sebuah parti yang lama dan besar (iaitu UMNO), saya fikir bahawa, bolehlah saya sebut begitu (dimana saya akan bertanding di sini), walaupun (ia) tidak secara rasmi (setakat hari ini), (tetapi) saya minta supaya masyarakat memberi sokongan jika nama saya dipilih semula, yang (berkenaan peratusan membabitkan pengesahan saya akan bertanding) itu, (kita) tengoklah sehari dua lagi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Kuala Nerang pada Isnin.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Dalam perkembangan sama, Mahdzir memaklumkan bahawa tindakan untuk mengeluarkan senarai calon-calon yang akan bertanding, senarai Menteri Kabinet serta senarai pelantikan ke jawatan tertentu akan dibuat secara 'meluas' menjelang hari penamaan calon, 5 November depan.
"Saya ingat untuk dua tiga hari ini, akan banyak lagi senarai yang akan keluar, jadi senarai-senarai calon, senarai Kabinet, senarai pelantikan, semua ni memang ada orang suka buat, dia letak mungkin ada yang betul, mungkin ada yang tak betul, dia tak sure, jadi dia (pun) letak (sahaja).
"Jadi saya fikir kita tunggulah, tidak lama lagi sebab 5 November (sudah) hari penamaan calon, tak mungkinlah (parti) akan umum calon 4 November (iaitu sehari sebelum penamaan calon), (saya rasa) lebih awal pada itu insya Allah, dia (kepimpinan parti) akan umum," katanya lagi.
Untuk rekod, Mahdzir menang kerusi Parlimen Padang Terap dalam PRU14 dengan majoriti 1,099 undi yang mana beliau meraih 16,384 undi.
Naib Presiden UMNO itu menewaskan calon Pas, Azam Aziz yang meraih 15,285 undi serta calon Parti Keadilan Rakyat, Khairizal Khazali yang memperoleh 7,254 undi.
Abd Hadi Che Awang
Mon Oct 24 2022
Mahdzir memberi penerangan ketika sidang media selepas merasmikan program Khidmat Masyarakat (CSR) Pendidikan anjuran Yayasan Pelajaran MARA hari ini. - Foto BERNAMA
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.