KUALA LUMPUR: MCA hari ini menzahirkan pendirian parti untuk kekal bersama-sama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan datang.
Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menegaskan perkara itu pada perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-67 berkata, sejak penubuhannya MCA telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan dan menghadapi waktu susah senang dan pahit manis bersama-sama (BN).
"Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.
"Oleh itu, pada PRU15 datang, MCA akan terus bersama-sama dengan BN, untuk memastikan BN memperoleh kemenangan.
"Jika melihat adanya keperluan, kita juga akan bersama parti-parti lain untuk membina kekuatan dalam membawa semangat kepelbagaian dan kesederhanaan demi memelihara negara," katanya di sini.
BACA: Pemuda MCA lulus lapan resolusi pada AGM ke-56
BACA: Kalah teruk PRU14, MCA temui semula matlamat asal parti
Perhimpunan berkenaan diadakan secara hibrid, susulan pandemik COVID-19 menggabungkan kehadiran 95 perwakilan secara fizikal di ibu pejabat MCA di sini, manakala selebihnya 1,125 perwakilan mengambil bahagian secara maya.
Mengulas lanjut, Wee yang juga Menteri Pengangkutan berkata PRU15 merupakan pilihan raya yang amat penting bagi MCA, yang akan menentukan nasib parti pada masa akan datang dan mendapat kembali sokongan dan mandat rakyat.
"Bagi kita, PRU akan datang merupakan cabaran yang sangat besar, kerana kita perlu memastikan MCA menang lebih banyak kerusi supaya kita mempunyai lebih banyak mandat rakyat, dan sekali gus dapat memperkuatkan parti," katanya.
Selain itu cara berpolitik kata Wee perlu dibiasakan dengan norma baharu, sama seperti norma baharu yang dilaksanakan ekoran COVID-19, dan untuk itu MCA katanya tidak boleh lagi bersaing mengikut model dan corak pemikiran yang lama.
Beliau berkata MCA perlu bergerak seiring peredaran masa, mengambil kira padangan dilontarkan supaya kekal relevan, dan matlamat utama parti untuk menang dan mengembalikan kegemilangan parti yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.
"Kita tidak mahu ada perselisihan atau pertengkaran dalaman parti, kerana ia merupakan 'virus perosak' yang boleh menjatuhkan kita semua. Kita perlu memastikan kemenangan dalam PRU akan datang. Jangan kerana pergelutan dalaman parti, akhirnya parti tergadai," katanya.
BACA: Parti ramai ahli tidak bermaksud menang PRU - MCA
BACA: MCA minta kembalikan asas perkongsian kuasa dalam BN
Selain itu katanya kegagalan yang dialami Pakatan Harapan perlu jadikan sebagai pengajaran dan iktibar buat MCA, agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Mengenai kerajaan, MCA yang menjadi sebahagian daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kata Wee, akan memainkan peranannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat, dalam menangani pandemik COVID-19 dan merancakkan ekonomi.
Terdahulu, Wee turut merasmikan sambutan Ulang Tahun ke-72 MCA, yang turut diadakan hari ini dengan pesembahan kumpulan gendang dan acara nyanyian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Wee Ka Siong menyampaikan ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-67 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.