BAYAN BARU: MCA akan bertanding di semua kerusi yang sebelum ini ditandingi parti Gerakan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, secara tradisinya MCA hanya bertanding satu kerusi namun selepas Gerakan tidak lagi bersama dengan Barisan Nasional (BN) maka beliau berkata, wajarlah kerusi itu ditandingi MCA.
Jelasnya, perbincangan dengan UMNO dan MCA negeri sedang dilakukan ketika ini, namun soal siapa calon yang akan bertanding kelak hanya akan dimuktamadkan bersama selepas ini.
"Itu sebab dulu Gerakan tidak ada kerusi, kali ini kalau kerusi-kerusi Gerakan pun kita memanglah secara logiknya kita akan mengambil alih kalau tidak secara keseluruhannya pun sebahagian besar lah kerana kawasan itu lebih tertumpu kepada kepadatan penduduk Cina.
"Itu bagi saya kita akan muktamadkan nanti jadi sekarang tidak ada isu. Kita tidak lari tanggungjawab kita, kita buat kerja kita," katanya.
Sementara itu, Ka Siong berkata, parti itu tidak mahu berlagak namun bersikap realistik kerana sedar mereka bertanding di kubu kuat Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP.
Namun jika rakyat memberi semula mandat kepada BN, beliau yakin BN akan mentadbir dengan baik kerana BN mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negeri dan Pusat sebelum ini.
Pada PRU14 lepas, Gerakan bertanding empat kerusi Parlimen dan semua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun tewas semua kepada Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Bilik Gerakan MCA Parlimen Bayan Baru dan DUN Pantai Jerejak Di Bayan Baru pada Sabtu.
Pada majlis itu, MCA memperkenalkan penyelaras Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung dan DUN Pantai Jerejak, Yeoh Chin Kah.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Sep 10 2022
Wee ditemui selepas pelancaran Bilik Gerakan MCA Parlimen Bayan Baru dan DUN Pantai Jerejak Di Bayan Baru pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.