PUTRAJAYA : Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digerakkan ke kawasan pedalaman menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu mangsa banjir mendapatkan dokumen pengenalan diri yang baharu sekiranya hilang.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, insiatif itu diambil bagi memastikan setiap rakyat mempunyai identiti pengenalan diri bagi tujuan mengundi.
"Saya dah maklumkan kita kena bersedia untuk kepentingan rakyat, kalau dokumen tak ada, peratusan mereka yang mengeluar undi agak rendah.
"Ia tidak sesuai... sebuah negara bertamadun dan berdaulat seperti kita ini (peratusan) keluar mengundi rendah dalam pilihan raya," katanya.
Mengulas mengenai kejadian banjir menjelang PRU15, ujar Hamzah, ia sudah pun berlaku di beberapa kawasan ketika ini.
"Saya cuba cerita, memang betul di Langkawi banjir dua tiga hari sudah, di Sarawak sebelum itu di Johor, itu fakta di Tanjung Karang pun berlaku minggu lepas," katanya lagi.
Mengenai persiapan anggota keselamatan pula ujar Hamzah, persiapan rapi telah dibuat, namun tidak meliputi keseluruhan kawasan, hanya di kawasan jangkaan banjir sahaja.
"Sebab itu kita kata dalam keadaan biasa, kita sentiasa bersedia, sebab dalam Malaysia banjir merata rata, tidak datang sekali, semalam di Langkawi, sebelum itu di Johor dan Sarawak.
"Jadi sebab itu ia (banjir) berlaku secara merata-rata, sebab itu kita bersedia menghantar ke tempat tertentu.
"Kalau nak kata bersedia ke semua tempat sekali, saya minta maaf tak bersedia. Tapi untuk kawasan tertentu kita bersedia," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pendaftaran Negara ke-74 bagi tahun 2022 di ibu pejabat JPN di sini pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Oct 17 2022
HAMZAH: JPN akan digerakkan ke kawasan pendalaman bagi membantu mangsa banjir mendapatkan dokumen pengenalan diri yang baharu sekiranya hilang. - Shahir Omar/Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MEKAR: JPN terima lebih 80,000 permohonan sejak 2019
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 80,389 permohonan berkaitan urusan kad pengenalan serta pendaftaran kelahiran dan kematian menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sejak 2019.
PRU15: Pegawai JPN digerak ke kawasan banjir, bantu mangsa dapatkan pengenalan diri sekiranya hilang
Datuk Seri Hamzah Zainuddin, insiatif itu diambil bagi memastikan setiap rakyat mempunyai identiti pengenalan diri bagi tujuan mengundi.