SIPITANG: Datuk Adnan Puteh diumumkan calon Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Sipitang pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Parti pertama yang mengumumkan calon di parlimen Sabah, Presiden Warisan itu yakin ketokohan Adnan yang merupakan peguam mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Pengumuman itu diumumkan Mohd Shafie pada siri jelajah PRU15 Parlimen Sipitang pada Jumaat.
"Saya bersekolah dengan beliau (Adnan) di London dan saya beritahu beliau, saya mahu suara lantang sebagai seorang peguam memperjuangkan hak Sabah di Parlimen," katanya.
Adnan 64 tahun berkemungkinan akan berdepan calon GRS Datuk Yamani Hafez Musa yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Selain itu, dalam ucapan sama Mohd Shafie turut menyeru rakyat supaya memilih parti tempatan yang akan memperjuangkan nasib Sabah dan Malaysia.
Katanya, selain Semenanjung, semua calon Warisan di Sabah perlu disokong dan menang pada PRU15 nanti.
"Ini penting kita membawa perubahan bukan hanya kepada Sabah tetapi juga Malaysia. Dari Perlis dan Kedah semua calon hebat-hebat akan ditampilkan tetapi tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu di Sipitang, kita calonkan Datuk Adnan Puteh," katanya.
Pada PRU14, Yamani Hafez yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 852 undi menewaskan calon Warisan Noor Hayaty Mustapha serta Dayang Aezzy Liman (Parti Harapan Rakyat Sabah).
Astro Awani
Fri Oct 14 2022
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: 'Kecil-kecil cili padi'- Mazliwati tak gentar rempuh 'gergasi politik'
Calon Warisan bagi kerusi Parlimen Kinabatangan Mazliwati Abd Malek tekad sumbang kemenangan sudah sekian lama menjadi kubu kuat BN pada PRU15.
PRU15: Senarai calon Warisan di Semenanjung
Berikut adalah senarai calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.
PRN Johor: Warisan bertanding di enam kerusi DUN
Enam kerusi tersebut ialah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu, dan Permas.
Mohamaddin Ketapi jawab isu dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara', mohon maaf
Dalam video yang tular itu, Mohamaddin Ketapi mendakwa percerobohan Lahad Datu suatu sandiwara.
Sabah Memilih: Shafie Apdal 'sanggup mati' ...
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan beliau 'sanggup mati' daripada merelakan mandat rakyat diperlekehkan pihak tertentu.