KUALA TERENGGANU: Pilihan raya umum bukanlah medan untuk 'mencuba', sebaliknya setiap keputusan perlu dibuat secara bijaksana agar sebuah kerajaan yang stabil dapat dibina, sekali gus membawa kemakmuran kepada rakyat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata jika rakyat memilih untuk mewujudkan kestabilan, mengurangkan perpecahan dan memperkasakan perpaduan, ia akan membuahkan hasil yang positif.
"Tidak boleh main acu cuba try... salah langkah dan cara maka rakyat yang akan terima akibat dan bila (negara) gagal dibina dengan baik, teratur dan kukuh maka kesejahteraan umat tak dapat disempurnakan.
"Ini perkara yang penting, untuk kembali stabil atau tidak, ia terletak di tangan rakyat. Tak ada negara dapat dibangunkan tanpa kestabilan (politik)...Dalam dunia demokrasi kestabilan hanya boleh dibentuk oleh rakyat sendiri.
"Saya telah lihat bagaimana proses menguruskan negara sejak awal 90an sampai sekarang, boleh saya katakan sebenarnya menguruskan negara tidak mudah seperti yang difikirkan," ucapnya pada Program Jelajah Sepakat@Komuniti di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini, malam tadi.
Annuar berkata dalam alam politik ramai yang hanya tahu beretorik, bersemangat berpidato dan menabur pelbagai janji, namun apabila berada di tampuk kuasa, mereka gagal melaksanakannya.
"Tidak berlaku dalam sejarah di mana orang yang dapat mandat tak dapat jalankan tanggungjawab hingga terpaksa tukar nakhoda terlalu kerap... setiap kali kerajaan bertukar, dasar bertukar, pelabur tak yakin, banyak usaha majukan negara akan terencat.
"Jadi kita anggap yang kita lalui lima tahun kebelakangan ini, lepas Pilihan Raya Umum ke-14, sebagai pengajaran kepada semua dan sekarang kerajaan dah kembalikan mandat kepada rakyat, gunakan hak masing-masing mengundi dengan penuh kebijaksanaan," katanya.
Annuar berkata lagi sebagai caretaker, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan pilihan raya umum akan datang, dapat dilaksanakan dengan penuh keharmonian dan mengikut landasan undang-undang.
"Kita harap semua orang ambil peluang mengundi dan tidak terhalang untuk keluar mengundi dan keluar dengan rasa tanggungjawab, untuk dapatkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil kerana ada urusan besar lepas ini untuk pastikan kita dapat memacu negara ke hadapan agar makmur dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Annuar berkata jika rakyat memilih untuk mewujudkan kestabilan, mengurangkan perpecahan dan memperkasakan perpaduan, ia akan membuahkan hasil yang positif. - Gambar fail
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.