KUALA LUMPUR: Susulan kematian calon dari Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai, tarikh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember depan.
Dengan ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu, tiada pengundian dijalankan di Parlimen Padang Serai pada 19 November.
Bagi perantau, Nurul Hidayah Mohd Fauzi, 25, yang kini berada di Padang Serai sejak Rabu memberitahu pada awalnya dia 'kecewa' apabila menngetahui tarikh PRU di kawasannya ditunda ke tarikh lain.
“Saya bertolak dari Shah Alam pada hari Selasa malam, memandu seorang diri pulang ke kampung. Rancangan untuk balik kampung sudah diputuskan sejak dapat tahu tarikh PRU lagi. Memang teruja sangat waktu itu kerana ini merupakan kali pertama saya nak turun mengundi.
“Selepas membaca berita bahawa PRU di kawasan saya ditunda, memang sedih pada mulanya. Tetapi saya faham situasi di mana kita baru sahaja kehilangan salah seorang calon di sini dan saya menghormati situasi itu,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Hidayah, berkemungkinan dia akan terus kekal berada di kampung halamannya sehingga 7 Disember depan.
“Untuk berulang alik KL-Kedah perlukan kos agak tinggi jadi saya ambil keputusan untuk duduk di kampung buat sementara waktu sehingga hari mengundi di Padang Serai,” katanya.
Sementara itu, Azlis Suzzaireen binti Azlan yang menetap di Ipoh, Perak memaklumkan dia tiba di Padang Serai pada Isnin lalu dengan menaiki Electric Train Service (ETS).
"Saya beli tiket ETS lebih awal disebabkan terlalu semangat memandangkan ini kali pertama nak mengundi. Penuh ETS waktu tu, saya terkejut tapi seronok rasa macam balik raya. Sedih juga bila diberitahu tak jadi mengundi untuk memilih ahli parlimen Padang Serai yang baru.
"Untuk tarikh baru nanti, insya-Allah kalau tak ada kelas saya akan balik semula ke sini," kata pelajar Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine, Ipoh, Perak (UniKL RCMP).
Parlimen Padang Serai sepatutnya menyaksikan pertandingan enam penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, M Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) ditentang Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Datuk Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) dan calon bebas, Ananda AK.
Faida Rahim
Sat Nov 19 2022
Nurul Hidayah Mohd Fauzi, 25, yang kini berada di Padang Serai sejak Rabu memberitahu pada awalnya di 'kecewa' dengan pengumuman tarikh PRU di kawasannya ditunda ke tarikh lain. - Ihsan pembaca/Nurul Hidayah
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Pusat undi PRK Kemaman dibuka
Kesemua 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dibuka 8 pagi ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kemaman dibuka 9 pagi ini
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK.
PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.
SPR saran bakal calon PRK Kemaman isi borang, buat semakan awal sebelum hari penamaan
Semua bakal calon PRK Parlimen Kemaman disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu.