KUALA LUMPUR : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau tidak terlibat mahupun tahu mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
Dalam masa sama, jelasnya, beliau langsung tidak terbabit dalam perbincangan mengenai tarikh penting bagi negara itu.
"Saya tidak terlibat, jadi saya tidak tahu-menahu dan saya tidak akan dirunding pun. Saya tidak dengar apa lagi. Ia tidak ada notis sebab pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri yang akan menasihati Agong.
"Sekiranya dinasihati berbuat demikian, Agong mempunyai budi bicara untuk menolak nasihat tersebut. Itu undang-undangnya dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada media semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Rakan Media di bangunan Parlimen di sini.
Malah beliau juga tidak boleh mengulas mengenai polemik yang timbul iaitu sama ada kuasa pembubaran itu terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri atau Kabinet.
"Sekarang saya baca di berita, terdapat polemik sama ada kuasa itu kuasa Perdana Menteri sahaja, atau ia mesti mempunyai keputusan Kabinet. Itu sedikit polemik, saya pun tidak ada jawapan kepada polemik tersebut," ujarnya.
Ditanya sama ada Bajet 2023 bakal mengulangi sejarah tahun 1999, di mana belanjawan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir ketika itu tidak sempat diluluskan, Azhar berkata, perkara itu perlu diajukan kepada Kementerian Kewangan (MoF).
"Kena tanya MoF, saya tidak tahu kerana kita cuma senaraikan apa yang diberi notis kepada kita. Senarainya ialah dalam sidang kali ini, Bajet 2023 akan dibawa untuk bacaan pertama dan pada Jumaat akan dibawa untuk bacaan kedua.
"Kemudian, akan dibahas di peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa. Itu adalah seperti yang termaklum sekarang," ujarnya.
Mengulas sama ada Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2023 , jelas Azhar, seperti kelazimannya, belanjawan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan.
"(Setakat ini) tidak ada (pemakluman siapa akan bentang)," katanya lagi.
Jelasnya, jika Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan selepas Bajet 2023, maka kerajaan yang baharu perlu membuat bacaan yang pertama semula.
"Sebab ini belanjawan , ia tidak mengikat kerajaan yang berikutnya, jadi kena ada bacaan pertama yang baharu. Boleh guna bajet yang sudah dibentangkan, kalau dia (kerajaan baharu) nak guna," jelas beliau.
Untuk rekod, pada 29 Oktober 1999, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2000, dan ia menyaksikan bajet berkenaan tidak sempat diluluskan.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 28 2022
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan, beliau tidak terlibat mahupun tahu mengenai tarikh pembubaran Parlimen. - Gambar fail
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.