PAPAR: Parti Warisan (Warisan) masih belum memuktamadkan mana-mana kerusi Parlimen yang akan ditandingi di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sememangnya terdapat pemimpin dan ahli Warisan menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi parlimen tertentu di Semenanjung antaranya Kedah dan Perlis, namun Warisan melihat ia sebagai cadangan pada ketika ini.
Beliau berkata selepas dimuktamadkan, koordinator akan dilantik bagi menentukan kawasan dan calon yang bertanding selain menjalankan tapisan ke atas calon-calon berkenaan.
"Ia bergantung kepada presiden yang menentukan kerusi mana kita bertanding, siapa jadi calon akan diputuskan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera PRU15 Warisan Parlimen Papar di sini pada Sabtu.
Pengerusi Warisan Kedah Datuk Fadzil Hanafi hari ini berkata parti itu telah mengenal pasti lima kerusi Parlimen bakal ditandingi seperti Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai selain menghantar satu nama calon untuk setiap parlimen kepada Mohd Shafie.
Pada Khamis lepas, Mohd Shafie dilaporkan berkata Warisan berkemungkinan besar bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan satu kerusi di Labuan.
Sementara itu, ketika melancarkan jentera PRU15 Warisan Parlimen Kimanis, Mohd Shafie mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr Daud Yusof sebagai calon Warisan untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Kimanis.
"Kita doakan mudah-mudahan kita menang dalam pilihan raya kali ini," katanya.
Daud, 61, adalah calon kedua yang diumum Warisan untuk PRU15, selepas Bendahari Warisan Bahagian Sipitang Datuk Adnan Puteh yang diumum sebagai calon bagi Parlimen Sipitang.
Parlimen Kimanis disandang Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin yang menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada Januari 2020 menewaskan calon Warisan Karim Bujang dengan majoriti 2,029 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Shafie berkata sememangnya terdapat pemimpin dan ahli Warisan menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi parlimen tertentu di Semenanjung. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Benarkah Tahun Melawat Perak hambar?
Ramai yang membandingkan TMP2024 dengan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Perlis yang juga berjalan serentak pada tahun sama.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).