KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan sumbangan zakat kepada 17,800 pelajar asnaf di 178 kawasan terpilih sepanjang tahun ini menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Pengerusi PTPTN Dr Apli Yusoff berkata sumbangan zakat berkenaan disalur menerusi program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022 yang bertujuan membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi mereka.
"Program ini merupakan salah satu daripada program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.78 juta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Apli berkata PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara dengan melaksanakan pelbagai insentif dan inisiatif program berimpak tinggi yang bersepadu bagi membantu para pelajar dan masyarakat.
Selain program ini, katanya PTPTN turut menyediakan program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin dan setakat ini sebanyak RM142,000 bantuan sara hidup telah disalurkan kepada 284 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) kurang berkemampuan di seluruh negara.
Secara keseluruhan, menurutnya sehingga 30 Nov lepas, PTPTN telah membantu seramai 3.77 juta pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dengan jumlah pinjaman sebanyak RM68.22 bilion.
"PTPTN turut membantu pelajar membuat persediaan awal untuk mendaftar masuk ke IPTA dan Politeknik melalui pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman. Sejak 1999 hingga November lepas, seramai 960,882 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.42 bilion," katanya.
Melangkah ke hadapan, Apli berkata PTPTN telah menyusun beberapa inisiatif yang lebih berimpak tinggi sebagai lanjutan kepada usaha PTPTN membantu masyarakat terutama berkaitan pendidikan, antaranya dengan meneroka kaedah alternatif sebagai sumber pembiayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
Pengerusi PTPTN Dr Apli Yusoff berkata sumbangan zakat berkenaan disalur menerusi program Kembara Keluarga Simpan SSPN 2022. - Gambar fail
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.