Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.
Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan menggerakkan kempen dengan lebih tersusun dan strategik supaya sasaran itu dapat dicapai.
"Ini hasrat PTPTN untuk menjadikan skim ini sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan pinjaman sebaliknya lebih kepada menyimpan untuk masa depan pendidikan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan manfaat perlindungan takaful SSPN-i dan SSPN-i PLUS serta khairat kematian kepada waris pendeposit Allahyarham Nasir Ali, 55, di sini hari ini.
Manfaat takaful dan khairat kematian berjumlah RM519,345.51 itu diserahkan kepada anak Allahyarham, Mohammad Ilyas.
Shamsul Anuar berkata sejak dilancarkan pada 8 Jun 2015 sehingga 31 Dis 2016, sebanyak 52,615 akaun SSPN-i Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful berjumlah RM2.3 bilion.
"Dan daripada itu sehingga Januari tahun ini, sebanyak 65 tuntutan melibatkan pelbagai kes dengan amaun sebanyak RM709,840 telah berjaya diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2017
PTPTN menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah SSPN-i Plus dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta. - Gambar PTPTN
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Sidang media berkaitan isu bil elektrik oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli esok
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan sidang media berkaitan isu bil elektrik pada Sabtu.
UMNO iktiraf peranan wanita termasuk warga emas, ibu tunggal
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf peranan wanita termasuk golongan warga emas dan ibu tunggal dengan memastikan kebajikan kumpulan berkenaan sentiasa diutamakan.
PPBM tidak mampu bawa Perak maju ke hadapan - Shamsul Anuar
PPBM dan parti pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak mempunyai matlamat dan visi yang sama.
PTPTN sasar 100,000 akaun baharu SSPN-i Plus tahun ini
PTPTN menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah SSPN-i Plus dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.
Biro Kebajikan UMNO bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu
Susulan banjir yang melanda Terengganu, Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.