BATU GAJAH: Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November depan kepada pelancong.
Bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada 'lampu hijau' daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
"Daripada segi mereka yang mendaftar (vaksinasi), hanya 87 daripada 8,026 penduduk (yang perlu divaksin), termasuk pengusaha pelancongan, yang belum divaksin, kerana masalah kesihatan atau mungkin menjalani kuarantin (COVID-19).
"Maklumat terkini yang diterima, difahamkan kita masih lagi belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan.
"Kerajaan negeri sasarkan pembukaan semula Pulau Pangkor pada 1 November.
"Jadi, segala usaha kita tekankan ke arah pembukaan semula secara penuh untuk pemain-pemain industri, termasuk perkhidmatan restoran, penjaja kecil yang telah berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Barang Asas Sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Perak kepada JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah (Zon Batu Gajah) di Masjid Al-Hidayah, Kg Batu 8, di sini, hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak Kamarullaffie Ahmad dan Setiausaha Kehormat Azizi Zam.
Kata Nolee Ashilin, bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk diunjurkan perlu lengkap divaksin daripada jumlah keseluruhan populasi, iaitu seramai 11,500 orang.
Terdahulu, DPMM Perak mengagihkan sebanyak 50 kotak bantuan makanan kepada DUN Tualang Sekah.
Kamarullaffie berkata, pihaknya menyasarkan untuk menyampaikan bantuan makanan kepada orang ramai yang memerlukan di seluruh daerah di negeri ini.
"Kita bukan hanya agih bantuan di DUN sahaja, tetapi meluas termasuk di balai polis. Dan memang sasaran kita, memperluaskan bantuan ke seluruh daerah.
"Jadi, mereka yang terbabit, seperti di balai polis dan DUN, akan agihkan kepada pihak yang layak untuk terima bantuan.
"Kita sedia maklum, waktu pandemik ramai yang terjejas, jadi ini antara usaha yang kami laksanakan untuk bantu mereka yang memerlukan," jelasnya lagi.
Aida Aziz
Sun Sep 12 2021
Nolee Ashilin bercakap kepada media selepas Program Penyerahan Bantuan Barang Asas Sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Perak kepada JPKK DUN Tualang Sekah di Masjid Al-Hidayah, Kg Batu 8, Batu Gajah, hari ini. - Astro AWANI
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.
Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel
Menurut Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel, beliau telah mendapat maklum balas daripada pengusaha hotel.
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.
Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut
Mayat ditemui dalam keadaan reput dengan memakai seluar jeans berwarna biru dan baju berwarna merah.
Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas
Kejayaan itu hasil operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas risikan selama dua minggu.
Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan
Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian.
Pemuda lemas ketika selamatkan rakan
Mangsa berusia 20 tahun berkunjung ke pantai bersama rakan untuk aktiviti riadah sebelum menyedari seorang rakannya lemas.
Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.
Van rendah karbon ganti van merah jambu di Pulau Pangkor - Exco
Kajian kebolehlaksanaan mendapati sokongan terhadap van rendah karbon adalah jauh lebih tinggi berbanding van elektrik.
Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.