SHANGQIU: Satu kebakaran besar memusnahkan pusat latihan seni mempertahankan diri di wilayah Henan, China pada Jumaat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 mangsa.

Kebakaran di bandar Shangqiu itu turut mencederakan 16 yang lain, lapor CGTN, memetik kenyataan pegawai tempatan.

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.

Insiden kebakaran di China sering terjadi, susulan protokol keselamatan yang tidak kemas dan kualiti pembinaan tidak mengikut piawaian.