Cadangan untuk mewujudkan pusat pengundian pencil merupakan satu usaha yang proaktif dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 meskipun pilihan raya negeri Sabah terpaksa diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof Madya Dr Malina Osman berkata, langkah itu merupakah satu tindakan yang amat dialu-alukan apabila melihat kepada situasi pandemik itu yang kembali mencatatkan peningkatan.
“Melihat kepada senario semasa, cadangan tersebut dapat kurangkan risiko penularan, dan dari segi sosial ia juga menjimatkan kos.
“Dalam konteks kesihatan awam, saya amat alu-alukan cadangan tersebut bagi mengelakkan potensi penularan mahupun kluster wabak di tempat baharu.
“Bagaimanapun perlu ada mekanisme tertentu untuk menjamin soal kerahsiaan, integriti dan khususnya untuk elakkan salah guna undang-undang sepanjang proses mengundi,” katanya ketika ditemu bual menerusi Skype pada Ahad.
Baru-baru ini, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan sistem remote voting centre atau dikenali sebagai pusat pengundian pencil.
Perkara itu bertujuan bagi membolehkan pengundi di luar Sabah menunaikan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Idea itu dikemukan apabila melihat kepada situasi pengundi yang terpaksa pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab itu yang dilihat mampu membawa risiko penularan terutamanya melibatkan penggunaan pengangkutan awam.
Hilmi Malik
Sun Aug 16 2020
Baru-baru ini, ada pihak yang mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan sistem pusat pengundian pencil. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia perlu ikut langkah Jepun ketatkan sekatan perjalanan dari China - Pakar Kesihatan Awam
Negara perlu melakukan langkah pencegahan awal bagi mengekang kes COVID-19 yang berlaku pada permulaan pandemik daripada berulang.
Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.
COVID-19: Kes harian meningkat, 'wake-up call' untuk semua - Dr Malina
Peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini sepatutnya menjadi 'wake up call' kepada semua pihak dalam meningkatkan usaha menangani penularan varian Omicron.
COVID-19: Segerakan vaksinasi di negeri-negeri catat peningkatan kes harian - Dr Malina
Menurut Pakar Kesihatan Awam UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, kadar vaksinasi di negeri-negeri lain perlu digerakkan dengan lebih intensif.
Masyarakat harus diberi maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19 - Wilson Ugak
Pendidikan dan maklumat yang tepat mengenai sesuatu vaksin harus disampaikan kepada masyarakat.
Selagi tidak capai imuniti kelompok, penangguhan aktiviti sosial wajar - Pakar kesihatan
Penangguhan aktiviti sosial termasuk aktiviti korban sempena Hari Raya Aidiladha disifatkan wajar memandangkan negara masih belum mencapai imuniti kelompok.
COVID-19: Varian delta bertindak agresif, jangkitan tanpa disedari - Pakar
Penemuan varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai delta disifatkan agresif dan merebak dengan pantas selain ia telah dikesan di beberapa negara lain termasuk di negara ini.
COVID-19: KKM, KPT perlu buat penyelidikan segera mengenai varian baharu - Pakar
Penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan segera bagi mendapatkan data mengenai varian baharu itu.
Ikut SOP ditetapkan, golongan rentan tidak digalakkan rentas negeri - Pakar Kesihatan Awam
Golongan rentan terutamanya warga emas tidak digalakkan merentas negeri, meskipun dibenarkan oleh kerajaan sejak 7 Disember lalu.
Kes jangkitan COVID-19 di Selangor dijangka berkurangan 50 peratus jika R-Naught menurun
Jumlah kes di negeri Selangor dijangka berkurangan sehingga 50 peratus jika nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-Naught (R0) dapat dikurangkan sehingga 0.5.