KUALA LUMPUR:Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) akan diaktifkan semula.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat peningkatan kes yang mendadak selain pelaksanaan saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu:

1. PDRM menahan 244 individu yang ingkar dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2. Kerajaan bersetuju untuk membenarkan lebih empat individu duduk pada satu meja di kedai makan atau restoran berdasarkan kapasiti meja.

3. 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng dan sebuah bot serta tiga kenderaan darat dirampas.

4. PKPD di Taman Perumahan Mukim Seluang, Kulim, Kedah dan Taman Telipok Ria, Tuaran Sabah dilanjutkan selama 14 hari hingga 24 Disember depan.

5. Kerajaan bersetuju untuk melaksanakn PKPD di Apartment Amber Court, Apartment Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut, Bentong, Pahang bermula 10 Disember hingga 23 Disember.