Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer

Astro Awani
Julai 20, 2023 03:20 MYT
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount. - Foto REUTERS
NORTH CAROLINA: Satu kejadian puting beliung telah merosakkan gudang utama syarikat farmaseutikal terkemuka, Pfizer di North Carolina pada Rabu.
Ia merupakan bencana alam terbaharu melanda Amerika Syarikat (AS) dalam siri kejadian cuaca ekstrem di negara itu.
Dalam satu kenyataan, syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.
Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan susulan bencana alam itu.
Malah, kesemua kakitangan telah dipindahkan.
Pihak berkuasa melaporkan terdapat kira-kira 50,000 palet ubat berselerak di seluruh fasiliti tersebut.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan kerosakan tersebut konsisten dengan puting beliung EF3 dengan kelajuan angin sehingga 240 kilometer sejam.
Selain itu, beberapa penduduk tempatan turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
#Pfizer #puting beliung #bencana alam #North Carolina