PERHATIAN! Rakyat Malaysia sekalian, Putrajaya sedang diserang ‘Cordyceps’!

Cordyceps adalah sejenis kulat termutasi yang telah merebak di serata Amerika Syarikat pada lewat September 2013, dan kini ia telah sampai ke bandar pusat pentadbiran Malaysia.

Tapi jangan khuatir, ia cuma berlaku dalam dunia ‘The Last of Us’, sebuah siri terbaharu HBO diadaptasi daripada permainan video hit yang ketika ini sedang disiarkan secara eksklusif di Astro.

Seiring siarannya setiap minggu mulai 16 Januari tempoh hari, Astro membawakan secebis daripada dunia apokaliptik fiksyen tersebut ke Astro Experience Store, IOI City Mall Putrajaya.

Di samping daripada set yang realistik bersama kesan bunyi yang memberikan pengalaman immersive, pengunjung juga boleh menyertai beberapa cabaran yang menawarkan saguhati menarik untuk dibawa pulang.

Ada juga cabaran khas yang menanti para pelanggan Astro yang berkunjung ke sini dengan peluang untuk memenangi sebuah televisyen, komputer riba atau tablet.

Selain itu, buat anda yang masih belum melanggan Astro boleh berbuat demikian di sini dengan selamat dan tersanitasi daripada ancaman Cordyceps.

Datang dan alami sendiri dunia ‘The Last of Us’ di Astro Experience Store di IOI City Mall Putrajaya (di tingkat 3 bangunan baharu) - sementara masa masih ada dan keadaan masih lagi terkawal.

*Jaga-jaga dengan ‘individu-individu terjangkiti’ di stor ini.

Nota: Jangan lupa anda juga boleh strim semua episod The Last Us di Astro musim satu melalui Ultra Box and Astro GO. Eksklusif untuk pelanggan Astro Movies.

Alami dunia 'The Last of Us' di Astro Experience Store, IOI City Mall Putrajaya

Alami dunia 'The Last Of Us' dan menangi hadiah menarik