KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO digesa mengadakan mesyuarat tergempar bagi membuat keputusan supaya kesemua ahli-ahli Parlimennya memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan itu bagi memastikan undi dibuat dalam usaha untuk menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.
“UMNO perlu membuat keputusan dengan meminta ahli-ahli Parlimen semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum Parlimen dipanggil bersidang,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini menzahirkan pendirian untuk tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Antara beberapa ahli politik lain yang mengikut langkah sama termasuk Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.
Sebelum ini, beliau juga telah mengutus surat bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada 220 ahli Parlimen.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa 147 UMNO Bahagian seluruh negara menolak kerjasama dengan Bersatu.
Konflik itu juga jelas apabila mesyuarat pada 1 hingga 3 Januari lalu yang menyaksikan 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama berkenaan.
Hilmi Malik
Tue Mar 02 2021
Tindakan itu bagi memastikan undi dibuat dalam usaha untuk menolak kepimpinan Muhyiddin selaku Perdana Menteri, kata Tengku Razaleigh.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".
Pembinaan LPT3 akan guna model pembiayaan BOT - Ahmad Maslan
Cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan sejauh 122 kilometer akan menggunakan model pembiayaan Bina, Kendal
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
'Ahmad Zahid sudah berusaha dapatkan pengampunan penuh Najib' - Ahmad Maslan
UMNO kini memberikan tumpuan terhadap usaha mendapatkan pengampunan penuh bagi Najib yang masih mempunyai peluang.
'Angka usul undi tak percaya terhadap PM makin merosot' - Ahmad Maslan
Pembangkang tidak lagi mempunyai kekuatan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keutamaan kepada kontraktor tempatan dalam kontrak kerajaan - Ahmad Maslan
Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan.
Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan
Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey.
RM178.7 juta diperuntukkan bagi pembesaran jambatan, jalan di Pontian
Antaranya, pembesaran Jambatan Sungai Pontian Kecil dengan kos RM23.1 juta dan naik taraf Jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai (RM65.6 juta).