Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.
Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.
"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.
Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.
Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.
Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.
“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.
Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.
Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Basarnas, F. Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media terkini.
"Penemuan semua objek tersebut boleh kami simpulkan sebagai 95 peratus dari pesawat yang kita sedang cari. Sekarang ini semua komponen SAR sudah kami beri arahan untuk bergerak ke titik lokasi tersebut," ujarnya.
F. Henry juga memberitahu bahawa langkah evakuasi sedang dikejarkan ke Pangkalan Bun sementara puluhan pasukan penyelam juga telah dikerahkan.
Agensi
Tue Dec 30 2014
Serpihan yang dikesan ketika carian udara hari ini adalah daripada pesawat yang hilang, kata ketua pengarah penerbangan awam Indonesia.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
COVID-19: Singapura catat kematian ke-21
Singapura, yang mengumumkan 504 kes COVID-19 dibenar pulang pada Isnin, melaporkan satu lagi kematian melibatkan warga emas menjadikan jumlah kematian 21 orang.
QZ8501: Serpihan disahkan 'daripada pesawat AirAsia'
Serpihan yang dikesan ketika carian udara hari ini adalah daripada pesawat yang hilang, kata ketua pengarah penerbangan awam Indonesia.