Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi Ramli selaku Pakar Strategik PKR membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO. Tindakan memainkan politik melalui persepsi ini sememangnya menjadi strategi utama PKR sejak dahulu lagi bagi melahirkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan UMNO.
Tidak cukup sekadar itu sahaja, Rafizi turut mengheret Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dalam menutup krisis kepimpinan PKR terutamanya di negeri Selangor. Sekiranya benar telahan Rafizi yang mana Tun Mahathir merancang percaturan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pastinya waktu yang paling tepat adalah dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini.
Agenda meracuni fikiran rakyat yang dilakukan oleh PKR selama ini sememangnya telah menampakkan hasil khususnya kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina dalam PRU 13 baru-baru ini. Rafizi terlalu yakin bahawa apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan UMNO akan diterima oleh rakyat tanpa ada persoalan.
Rafizi perlu sedar bahawa agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR yang cuba menutup kelemahan dan kecelaruan kepimpinan di negeri Selangor sehingga perlu mengorbankan DUN Kajang adalah kerana kesilapan sendiri. Dalam mereka sentiasa menghiburkan telinga rakyat terhadap pembaziran duit rakyat yang akhirnya mereka sendiri lakukan seperti “meludah ke langit”.
Seharusnya Rafizi perlu mengakui kelemahan parti sendiri dalam soal kepimpinan dan ketidakmampuan pentadbiran di negeri Selangor tanpa memperjudikan harapan pengundi di DUN Kajang serta jauh sekali menuding jari kepada pihak lain. Pendirian dan tindakan PKR Selangor ini juga turut dipertikai oleh PAS sendiri.
Kenapa perlu Anwar Ibrahim sanggup menjadi kuda tunggangan Azmin Ali bagi menangani Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Adakah ketandusan atau ketidaklayakan barisan kepimpinan PKR yang ada pada hari ini sebagai penyebab utama, melihat kepada kebijaksanaan Rafizi dalam memutarbelitkan isu dan mencelarukan fikiran rakyat adalah lebih baik dia sendiri bertanding di DUN Kajang tersebut untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar.
Rafizi diingatkan jangan meletakkan kelemahan sendiri di atas bahu orang lain seperti kenyataan yang dibuat. Jangan sampai kerosakan rumahtangga sendiri, orang lain yang dituduh. Kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat.
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
UMNO Online
Fri Jan 31 2014
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PKR namakan Anwar sebagai calon ADUN Kajang
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.