Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih atas kiriman ucapan yang diterima menerusi aplikasi Whatsapp atas pelantikannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitternya, dengan pelantikan itu, beliau akan memberi tumpuan untuk menguatkan rangkaian ekonomi dan maklumat akar umbi.

"Terima kasih atas ucapan yang dihantar kepada saya. InshaAllah saya cuba jawab mesej-mesej tersebut," katanya.

Walaupun tewas dalam pemilihan PKR yang lepas, Rafizi tetap dilantik sebagai Naib Presiden bagi parti tersebut.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, PKR turut membuat pelantikan jawatan-jawatan MPP bagi tempoh 2018-2021.

Selain Rafizi, Chang Lih Kang dan Ali Biju juga dilantik sebagai Naib Presiden PKR.

Sementara itu, dalam mesyuarat turut mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Dr Lee Boon Chye mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti.

BACA : Rafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR

B
ACA : Lantik Rafizi, isyarat Anwar perlu pemimpin yang boleh bekerjasama - Penganalisis