KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika tiga hak sebagai Raja Berpelembagaan dikendalikan secara bijaksana lagi berhemah.
Baginda bertitah hak-hak tersebut adalah hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberi galakan dan dorongan serta untuk memberi peringatan dan teguran.
"Beta memilih untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, memberikan galakan dan dorongan serta memberikan peringatan dan teguran melalui titah-titah yang dizahirkan," titah baginda pada majlis pelancaran buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah amanah dan anugerah Ilahi yang disertai peranan dan tanggungjawab wajib dilaksanakan oleh Raja Pemerintah sesempurna mungkin agar rakyat merasakan institusi raja tetap relevan dan mempunyai peranan.
Titah baginda, sejarah memberikan pengajaran, takhta akan hilang dan tinggal dalam kenangan apabila Raja Pemerintah enggan menerima nasihat yang betul, disalah nasihat atau terasing dan gagal mendampingi rakyat untuk memahami denyut nadi dan jantung mereka.
Selain itu, Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak bertitah menjadi tanggungjawab Raja Pemerintah untuk memastikan terjalin hubungan harmoni serta semangat saling menghormati dan memahami antara institusi istana dengan institusi rakyat berlandaskan perlembagaan.
Baginda bertitah Raja Pemerintah mempunyai tanggungjawab memastikan semangat Perlembagaan dan falsafah yang tersirat di sebalik perkara-perkara yang digubal difahami dan dilindungi.
"Setiap istilah dan perkataan yang termaktub dalam Perlembagaan memiliki maksud tersendiri, hendaklah ditafsirkan secara bijaksana, halus, teliti dan tepat agar keadilan tidak tercicir," titah Sultan Nazrin.
Baginda bertitah walaupun Raja berperanan untuk memerintah dan bukan mentadbir, tetapi tetap bertanggungjawab mengawasi dan memastikan pentadbiran yang adil lagi saksama, teratur, telus selain sebagai penimbang tara yang bijak kepada cabang-cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Titah baginda ia penting demi memastikan mekanisme semak dan imbang terlaksana sekali gus membantu memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada amalan demokrasi yang telus.
Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada DBP selain pelbagai pihak yang terlibat dalam penerbitan buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah termasuk Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Seri Dr Awang Sariyan serta editor penerbitan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.
Semasa mengakhiri titah penghargaan itu, Sultan Nazrin kelihatan sebak dan terhenti seketika sebelum meneruskannya.
"Pada saat dikurniakan kemuliaan dan kejayaan daripada Ilahi, Beta sewajarnya merakamkan setinggi ingatan kepada ayahanda bonda, para guru serta para pemimpin yang telah mengasuh, mendidik, dan membimbing Beta.
"Sama-sama Beta pohon kita membaca surah Al-Fatihah, semoga ganjaran daripadanya disampaikan kepada roh ibu bapa, para guru dan para pemimpin yang begitu berjasa kepada kita," titah Sultan Nazrin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Sultan Nazrin Shah berkenan menzahirkan titah penghargaan pada Majlis Pelancaran Buku Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).